Wednesday, March 23, 2005

ISTILAH CINTA

Cinta...semua org mengatakan tentang cinta...cinta pandang pertama,jatuh cinta, ingin menyintai dan dicintai... tapi apakah kita layak menerima cinta yang hakiki???? Aku selalu tengok orang berpasangan kat PKN...n kat memana pun...tapi faham ke derang apa maksud cinta yang sebenarnya...dulu cikgu aku cakap,"kalau nak bercinta cari dulu 100 maksud cinta, kalau tak jgn harap nak bercinta!!"...tapi aku baru jumpa 5o maksud dier...lepas korang baca istilah nie baca la plak cerpen aku Mencari Cinta Hakiki.

1. Al-Mahabbah......................Kasih -sayang
2. Al-Alaqah............................Cinta, Hubungan, Segumpal Darah
3. Al- Hawa........................... Hasrat, Nafsu, Keinginan
4. Ash-Shabwah.............,,,,,,.Kerinduan
5. Ash- Shababah.................Kerinduan Yang Halus
6. Asy-Syaghaf ..................Cinta yang Mendakam
7. Al- Miqatu.........................Cinta
8. Al- Wajdu........................Cinta Yg Disertai rasa Sedih
9. Al- Kalaf.........................Cinta yg Mendalam
10. At-Tatayum.....................Penghambaan
11. Al-'Isyqu........................Cinta yg Meluap-luap
12. Al-Jawa..........................Cinta yg Membara
13. Ad-Danafu.....................Sakit Kerana Cinta
14. Asy- Syajwu................. Cinta Yg Berakhir dgn Kegelisahan@ Kesedihan
15. Asy-Syauqu....................Rindu
16. Al-Khilabah.....................Cinta yg Mengecoh
17. Al-Balabil...................... Yg Gelisah
18. At-Tabarih.....................Cinta yg Memuncak
19. As- Sadam.................... Cinta yg Berakhir dgn Sesal dan sedih
20. Al-Ghamarat .................Bodoh, Lalai, Mabuk
21. Al-Wahl..........................Takut , Gementar
22. Asy- Syajanu................Membutuhkan
23. Al-La'ju...........................Hangu, Terbakar
24. Al- Ikti'kab......................Merana kerana Sedih
25. Al-Washabu.................. Derita Cinta
26. Al- Hazanu.................... Kesedihan
27. Al-Kamadu.......................Kesedihan Yg Terpendam dlm Hati
28. al- Ladzu......................terbakar api
29. Al- Huraqu.....................Gejala Cinta
30. As-Suhdu.....................Sulit Tidur
31. Al- Araqu....................Tidak dapat Tidur
32. Al-LAhfu .....................Sedih
33. Al- HAnin..................... Kerinduan, Belas Kasih
34. Al- Istikanah................. tunduk ,Menyerah
35. At-Tabalah...................Derita Cinta
36. Al-Lau'ah.....................Terbakar Kerinduan
37. Al-Futun....................... Cubaan, Ujian
38. Al- Junun......................Gila , Tidak Waras
39. Al- Lamamu.................Setengah Sinting, Setengah Gila
40. al-khablu......................Binasa
41. Ar-Rasis......................Teguh , Tegar
42. Ad- Da'ul- Mukhamir......Penyakit yg Merasuk
43. Al- Wuddu........ ..........Kasih yg Tulus
44. Al-Khullah.....................satu Cinta
45. Al-Khilmu.....................Sahabat
46. Al-Gharam................. cinta yg dibutuhkan
47. Al-Huyam....................Sangat dahaga
48. At-TAdliyah................ Gila, Linglung
49. Al- Walahu...... ............Tidak Waras, Bingung
50. At-ta'abbud..................Penghambaan

Tuesday, March 22, 2005

Tudung dan Wanita

Bacalah utk peringatan semua...
Saya memang dah lama nak suarakan rasa terkilan dan musykil di hati ni. Lupakanlah sebentar tentang saudari2 kita yg masih tak dapat "seru" memakai tudung tapi yg kita nak saya tulis ni ialah yg pasal trend memakai tudung dan tutup aurat itu sebenarnya..sudah tidak selari .... dah lari dari matlamat dan kehendak Islam itu sendiri..
Sekarang ni kalau nak compare dgn era 80's alhamdullilah dah ramai wanita remaja memakai tudung. Fenomena memakai tudung bukan hanya dapat dilihat disekolah ,IPT , pejabat gomen ,di kilang 2 pun majority pekerjanya wanitanya memakai tudung , bukan hanya beranika corak malahan beranika fesyen pulak tu.. dapat kita perhatikan sebegitu ramai makcik2, cik kak2, adik2 kita yg bertudung dikepala tak kira le tahap mana education backgroundnya.
1.Tudung ikat reben kat bawah dagu , tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas didlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud ). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah atau cam nak pergi noreh getah!
2.Pakai tudung , tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah "ter "atau sengaja..) artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e.g., Madhuri Dixit, Manisha Koraila ,.. gaya model time fesyen show ...
3.Bermini telekung , tutup dada tapi pakai baju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggung nampak sendat..kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit..silap2 pusat sekali kalau ader rezeki.....
4.Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok ... kita tutup rambut yg hitam , tapi tangan /lengan yg putih melepak tu kita dedahkan..
5.Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebaya sendat siap dgn kain belah belakang/belah kat sisi..bila jalan lengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan..siapa nak jawab tu...
6.Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun..punyalah merah menyala , siap dgn eye-shadow , mascara sekali...touch-up sana, touch -up sini dan kasut highheel lagi..bertudung dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai , yg bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc....sila rujuk (al-Ahzab:33 ) boleh gitu ?
7.Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betis nampak...ooo...saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak !!!!8.Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu ..."si Adik " tu tetaplah nampak, besar ke , kecik ke....org masih boleh buat terkaan...
9.Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti kena match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari...etc yg ni pun lebih kurang yg no.6 bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.
Betul...di era 80's dulu tak ramai kita nampak wanita bertudung tapi satu (bertudung ) di antara sepuluh yg tak bertudung tu menepati ciri menutup aurat sebagaimana dlm al-Quran. Ustaz /ustazah dah ajar masa sekolah dulu aurat wanita keseluruhan badannya kecuali muka dan tapak tangan. Kenapa ramai sgt wanita Islam kini pakai tudung pun tak standard (tak ikut standard al-Quran) tapi ikut standard fesyen terkini kot!
-sbb dah ada yg kata kalau tutup semua, tak apply lipstick, tak dak yg nak pandang, susah lah nak dpt jodoh.... bab ni saya tak dpt nak kata apa dah....
So ,bab bertudung ni jgnlah kita mendabik dada kata yg bila kita dah tutup kepala maknanya kita dah menutup aurat dah... sometimes saya perhatikan yg tak bertudung pun tak seberani segelintir yg bertudung memakai baju tight ikut bodycut ..(gi lah kat shopping complex..sure terjumpa punya ) entahlah kalau dlm bab bertudung dan tutup aurat ni kita dah main ikut nafsu/rasa, dan mungkin nak nampak glamour sikit..canmana la kita nak tegakkan Islama Ad-Din, the way of life.. sdg Islam itu cukup indah jika dihayati... bukan main ambil separuh2 yg kita suka ...
no wonder lah ada satu hadith Rasulullah lebih kurang begini maksudnya:- Akhir zaman nanti umat Islam tu memang le ramai tapi kesemuanya seperti buih-buih di lautan!Wallahualam

BicaraHatiku

WaNiTa IdaMaN.......
Wanita yang aku sayangi
Adalah pencinta tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap Yang Menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian di antara jasad dan nyawanya Berakhir....

Wanita yang aku rindui
adalah wanita yang dimata dan wajahnya Terpancar sinar Nur Illahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah
Wanita yang aku cintai yang menutup auratnya
Dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi Penduduk langit dan bumi

Wanita yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan hatiku yang telah jauh Kepada Ar Rahman dan Ar Rahim.
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia

Wanita yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermatakan harta benda

Wanita yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan untuk menyambung Perjuanganku di belakang hari

Sesungguhnya Wanita yang selalu Berada di dalam doaku adalah dirimu....Mujahadah Sejati

.:: Cinta Yang Sebenar-benar Cinta ::.


.:: Cinta Yang Sebenar-benar Cinta ::.
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah.
"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Semoga timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin.. "

Monday, March 21, 2005

PERHATIAN KEPADA WANITA

ALL MY GIRL FRIENDS>> ATTENTION PLZ

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogololeh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapurapada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanitatersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadianmalam tersebut, namun ujian mengesahkanbahawa beliau telah dirogol berulang kali dengankesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex,sejenis pil "mencuci" yang kecil. Dadah tersebutkini digunakan oleh perogol-perogol dankemudian "mencuci" mereka. Progesterexdibekalkan kepada para Doktor haiwanuntuk"mencuci"haiwan besar. KhabarnyaProgesterex digunakan bersama Rohypnol,sebagai dadah "Dating" dan rogol. Apa yangmereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnolke dalam minuman si gadis, mangsa tersebuttidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apayang berlaku kepadanya sepanjang malamtersebut. Progesterex amat senang larut dalamminuman, akan "mencuci" agar simangsa tidakakan mengandung akibat dari perkosaan tersebutdan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalaniujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah iniadalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkankuda, Mana-mana wanita yang mengambilnyaTIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah iniboleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwanatau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akandigunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yanganda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, janganbiarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga olehorang yang anda percayai.


Azila Bakri,
Social Worker,
All Women's Action Society (AWAM)

CERPEN: VIRUS EIFA

VIRUS EIFA

I

Suasana di dataran Kizas damai. Sesekali angin Nyaman. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi kayu yang disediakan di satu sudut dataran itu. Ada semacam rasa bersalah menghantui dirinya. Entah mengapa perasaannya resah, dia sendiri kurang pasti. Perlukah dia beritahu hal tersebut kepada Fyrdhus. Dia duduk termenung sambil matanya liar memandang gelagat manusia sekitarnya.
“Syrwan!” Gegendang telinganya pantas menyambut gelombang bunyi yang memanggil namanya. Lamunannya tersentak lantas mendongak.
“Gabra punya orang! Kau fikir apa? Termenung aja.”
“Oh, Yus rupanya. Tiada apa-apa. Saja menenangkan fikiran,” itu saja kata-kata yang dapat diluahkannya. Fyrdhus merupakan rakan akrabnya di bumi Kizas ini sejak dari alam persekolahan lagi hinggalah sekarang.
“Kau tiada kerja ke yang hendak dibuat masa cuti ni? Cuti sekolah hanya tinggal lagi 3 minggu”
“Ada. Kerja nak menawan dunia. Mesti kau pun ingin turut serta kalau aku beritahu.” Kata Syrwan. Cuba memaksa hati kecil Fyrdhus supaya bertanya lagi.
“Kerja apa? Ada projek besar ke yang kau nak bagi aku.”
“Bawa bertenang, tak lari gunung dikejar. Duduklah dulu. Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik daripada tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara. Ingat pesanan Ustaz Taqi supaya sentiasa bersabar. Orang yang bersabar akan dikasihi Allah,” balas Syrwan cuba menggoda lagi jiwa remaja di hadapannya itu.
“Okey…oke… Aku ikut cakap kau,” kata Fyrdhus, semacam meminta jawapan. Tidak sanggup telinganya mendengar ceramah yang lebih panjang.
“Projek ini aku namakan VIRUS EIFA”


II

Jemarinya galak menekan abjad-abjad yang tersusun di papan keyboard. Jari-jemari tangannya sekali-sekala diregang. Cuba membuka failnya yang disimpan rapi di dalam komputer di sudut biliknya.
“Inilah projeknya. Aku cuba mencipta sejenis virus yang amat kuat dan tidak mampu dihapuskan oleh sebarang antivirus pun,” kata Syrwan kepada Fyrdhus sambil menunjukkan virus tersebut.
“Apa kau nak buat dengan virus ni?” Tanya Fyrdhus mencari kepastian.
“Aku nak sebarkannya ke seluruh Negara Akirema. Apabila virus ini telah tersebar, ia akan menyebabkan semua sistem rangkaian maya dan perkomputeran Akirema terganggu seterusnya meracuni segala sistem yang melibatkan penggunaan teknologi canggih terutama sekali sistem pertahanan dan sistem pentadbiran mereka.”
“Kau gila ke?”
“Aku tak gila, Fyrdhus. Aku cuma ingin membalas segala penghinaan orang-orang Yahudi ke atas umat Islam. Tidakkah kau tahu pengkhianat hak asasi kemanusiaan itu telah merampas segala-galanya. Rakus merampas, membunuh, menceroboh dan menindas manusia sesuka hati. Bagaimana ingin mencari sebuah kedamaian dalam rentetan kehidupan yang dipenuhi kepalsuan yang panjang,” lantang Syrwan menegaskan pendiriannya. Dia menyumpah di dalam hati.
“Maaf!” Pantas ucapan itu terlantun keluar dari bibir Fyrdhus. Dia kini mengerti mengapa sahabatnya itu beria-ia sangat. Dia sendiri pun tidak setuju melihat dan mendengar bagaimana umat Islam disiksa serta ditindas oleh tentera-tentera Akirema yang bermata tapi tidak berhati itu.
“Tapi, bukankah perkara ini merbahaya, Wan. Tidakkah kau fikir semasak-masaknya? Kita ni masih remaja lagi. Susah nak dapat kerja kalau kena tangkap nanti,” Fyrdhus cuba memujuk rakannya itu.
“Sudahku fikirkan semuanya Yus. Aku sanggup menerima apa saja hukuman demi menegakkan keadilan. Kita hidup di dunia ini dengan segala macam nikmat daripada Allah. Nikmat Allah yang ada pada kita harus digunakan untuk menyelamatkan seluruh umat manusia, sama ada Muslim atau kafir. Islam ditrurunkan untuk membawa rahmat kepada seluruh umat manusia Kita dapat bernafas pun dengan kuasa Allah. Dari tanah kita datang dan ke tanah juga kita kembali,” dengan penuh ketenangan remaja berkulit putih itu menghamburkan kata-kata.
Benar. Zaman ini zaman pelik. Orang bertudung labuh atau berserban dipandang serong bila keluar berjalan. Hairan. Generasi kini lebih selesa memandang orang tidak berbaju daripada bertudung. Usah ditipu dek Akirema, kempen menghapus keganasan katanya. Sebetulnya mereka sendiri pengganas. Mereka tidak pernah terganggu dengan apa jua resolusi yang dikeluarkan oleh mana-mana badan pun selama ini. Bukan mudah hendak mematahkan serangan demi serangan daripada Negara Akirema. Entah negara mana pula akan menjadi mangsa. Moral pejuang Islam kini berada pada tahap yang tinggi.


III

Tinggal tiga hari sahaja lagi untuk dia menyebarkan virusnya itu ke dalam sistem rangkaian internet ke seluruh Negara Akirema. Dia teringatkan kembali perbincangannya dengan Ustaz Haqeemy selepas kuliah subuh pada pagi tadi.
+ Yang mati telah pun pergi, manakala yang hidup akan menyusul mengikut ketetapan Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah menyuruh kita untuk berlaku adil dan berbuat kebaikan dan menjauhi perbuatan keji.
- Emm, jika begitu kita perlulah bersatu padu menentang kezaliman daripada berleluasa.
+ Sama sekali kita tidak perlu tunduk kepada mereka, kaum Yahudi. Merekalah yang telah mempergunakan media-media massa sebagai alat menyebarkan fahaman songsang serta berita-berita palsu semata-mata ingin menjatuhkan akal fikiran umat Islam.
- Apakah hukum kita menentangnya?
+ Hukumnya wajib. Golongan seperti ini tergolong dalam golongan yang wajib kita menentangnya. Islam mewajibkan kita supaya berjihad memerangi segala macam penindasan yang dilakukan oleh golongan kafir harbi ke atas umat Islam. Dunia ini untuk didiami bukan untuk dimusnahi.
- Andai kezaliman terus berleluasa?
+ Tugas kita sebagai khalifah untuk mengamankannya. Mudah-mudahan masih ada pemuda yang sanggup berjihad dan berkorban di jalan Allah. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
Wajah ustaz muda itu masih bermain-main lagi di benak kepalanya. Semangatnya semakin membara. Kesakitan yang bakal menerpa tidak dapat menandingi keperitan hidup umat Islam yang ditindas. Kaum wanita dirogol sewenang-wenangnya. Inikah yang dikatakan memerangi keganasan seperti yang telah diwara-warakan oleh negara besar seperti Akirema?
Bergembiralah kamu dengan perkara-perkara yang dapat menghapuskan dosa dan menggugurkan kesalahan kerana sesungguhnya Allah menjanjikan balasan yang setimpal walau sekecil zarah atas setiap apa yang kamu lakukan. Kekuatan tidak akan datang daripada kemampuan fizikal, tetapi ia datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah.


IV

Angin waktu membawa senja jadi malam. Tetapi kelibat angin bagai tidak terasa. Negara Akirema sibuk. Rakyat berbondang-bondang dari kawasan bandar membawa ke perkampungan terpencil, sibuk dengan urusan duniawi.
Siapa yang dapat bertahan begini? 37% penduduk negara itu mengeluh, menentang hak asasi kemanusiaan yang sering disalah ertikan untuk menjajah negara lain. Satu pungutan suara yang dikendalikan akhbar dan laman web rasmi The Peace membuktikan masih masih ramai penduduk negara itu yang berhati mulia. Masih berperikemanusiaan. Tetapi Presiden Akirema, Dayusia, tetap tidak akan tunduk kepada kehendak rakyat. Ego dengan kuasa yang dimilikinya. Semakin mara umat Islam, semakin menyemarakkan lagi nafsunya untuk melemahkan Islam. Dia tahu, andai Islam bangkit sudah tentu takhtanya akan jatuh, kedudukannya terancam. Dan yang lebih penting kaumnya, Israel, tidak akan hidup mewah.
Dengan pahatan keyakinan Presiden Dayusia melangkah lebih marak, mengarahkan bala tenteranya menghapuskan negara-negara Islam satu-persatu. Bermula daripada negara Islam yang kuat, dia menjajah. Dia tahu, walau beribu askarnya mati, dia tidak akan takut kerana umat Islam akan menjadi semakin lemah dek kelalaian pemuda-pemuda Islam yang hanyut dengan hiburan yang sengaja dicipta. Demi melunturkan semangat juang dan demi merosakkan akidah mereka.
Dia ingin mencipta satu revolusi baru yang bakal memahat namanya di segenap pelusuk alam. Sengaja diciptakannya televisyen dan internet. Malah disuruhnya artis-artis menyanyi atas nama ingin membuat konsert amal, tapi menjadi yang sebaliknya terjadi, hanya melahirkan khayalan demi khayalan yang tidak pernah kunjung padam. Remaja semakin leka dengan godaan syaitan. Tangisan dan raungan wanita dan kanak-kanak yang ditindas ingin ditutup daripada jiwa pemuda Islam. Kata-kata ulama ditolak tepi, manakala gelak tawa artis menjadi siulan mereka. Mereka terus dimanipulasi. Bilakah keamanan akan muncul kembali?


V

Syrwan terhenti. Terasa lutut kakinya semakin kebas dan nyilu. Dia terbongkok-bongkok cuba mengurut-urut lutut itu. Matanya dipejamkan mengumpul seberapa banyak kekuatan. Sudah tiga jam lamanya dia duduk di kerusi menatap skrin komputernya. Tidak sekali-kali berganjak. Hatinya sudah nekad ingin melakukannya pada malam itu juga. Malah kini dia bertambah yakin bahawa virus ciptaannya itu dapat menutup keegoaan rejim zionis selama ini.
Dia cuma perlu menyebarkan virusnya ke beberapa kawasan dengan menggunakan internet. Tentu mereka tidak menyangka internet yang mereka cipta bakal menghapuskan kaum mereka sendiri.
Jemari lembutnya pantas menekan kekunci keyboard. Dia menggunakan segala ilmu yang dipelajari daripada rakan-rakan mayanya, menghantar virus tersebut kepada beberapa pengguna yang masih leka mengakses internet. Dia akan menamatkan revolusi yang dicipta oleh kaum Yahudi ini.
“Encik!” Tiba-tiba bahunya disentap daripada belakang. Dia menoleh, terkejut memandang dua orang anggota polis di belakangnya.
“Kamu ditahan atas tuduhan cuba menganggu serta merosakkan sistem rangkaian internet,” kata salah seorang anggota polis yang berpakaian seragam lengkap itu.
Ah, tidak sekarang. Bagaimana mungkin polis ini tahu akan rahsianya? Pelik. Dia ingin melarikan diri tetapi sudah tidak ada peluang lagi. Dua orang anggota polis ini menggenggam erat pergelangan tangannya.
“Sekarang mari ikut kami ke balai,” arah anggota polis tersebut sambil menggari tangannya.
Dia dibawa ke kereta peronda polis. Langkahnya terhenti apabila melihat rakan karibnya, Fyrdhus, sedang bercakap dengan seorang lagi anggota polis di luar perkarangan rumahnya. Terkejut. Dia menelinga.
+ Terima kasih atas kerjasama yang encik berikan. Segala jasa encik amat kami hargai.
- Saya hanya menjalankan kewajipan saya sahaja sebagai rakyat. Yang salah patut dihukum.
Syrwan memandang tepat pada wajah Fyrdhus. Air matanya gugur. Hatinya terbakar dengan kejadian yang tidak disangka-sangka ini. Fyrdhus hanya mampu mengukir senyuman. Senyuman yang sengaja dibuat bagi menutup rasa bersalah kepada sahabatnya.
+ Encik akan kami hubungi dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan kes ini. Dan mungkin pihak kami akan beri sedikit penghargaan kepada encik.
- Saya tidak mengharapkan apa-apa balasan.
Fyrdhus menyusun kata-kata dusta. Dia tahu pihak media akan membuat liputan mengenai kejadian ini. Berita ini akan menjadi hangat dan namanya akan terus naik. Rupa-rupanya Fyrdhus juga termakan oleh hasutan semangat hedonistik yang kian menular. Hanya ingin mengejar nama dan populariti.
Wahai sahabat, terlalu singkat fikiranmu. Aku tidak akan sesekali menyesali perbuatanku ini. Tidakkah kau tahu? Kau terlupa janji Allah bahawa, ”Sekiranya engkau kufur, maka azabKu amat pedih…”. Andai aku ditahan hari ini, aku tidak akan bersedih kerana VIRUS EIFA sedang disebarkan dari satu komputer ke satu komputer yang lain dan begitulah seterusnya. Dan mungkin juga aku terlupa beritahu engkau bahawa aku tidak bertindak berseorangan. Masih ramai lagi remaja lain yang turut serta dalam projek ini dan mereka tetap akan meneruskan perjuangan ini. Setiap daripada mereka mempunyai kemahiran tersendiri dan banyak lagi virus telah dicipta oleh kami. Aku cuma terkilan dan tidak percaya atas apa yang telah lakukan. Madu yang kuharapkan, tuba yang kau beri. Aku hanya ingin kau tahu bahawa aku tidak akan menyimpan dendam terhadap perbuatan kau ini kerana pada malam ini aku berada dalam penuh kenikmatan.
Ingatlah bahawa selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari. Agama buat kehidupan di akhirat dan harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara di akhirat. Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku. Leraikanlah kami daripada pautan nafsu duniawi, ya Allah. Semoga kau diberikan hidayah, sahabatku.
Ingatlah bahawa Negara Akirema tetap akan musnah bersama-sama VIRUS EIFA. Mungkin bukan hari ini ataupun esok, tetapi harinya tetap akan tiba.