SOUL 1
“Satu keistimewaan yang tidak biasa dimiliki ulama-ulama lain yang terdapat pada Abu Nasir Muhammad Bin Auzalagh ialah beliau pakar dalam ilmu muzik. Beliau bukan sahaja pandai dalam teori tetapi juga pandai menyanyi dan memainkan alat-alat muzik.”
“Satu keistimewaan yang tidak biasa dimiliki ulama-ulama lain yang terdapat pada Abu Nasir Muhammad Bin Auzalagh ialah beliau pakar dalam ilmu muzik. Beliau bukan sahaja pandai dalam teori tetapi juga pandai menyanyi dan memainkan alat-alat muzik.”
Hasbullah menghentikan sekejap ceritanya mengenai ulama besar itu. Kumpulan kanak-kanak itu mendengar, menanti jika dia masih ingin meneruskan ceritanya.
“Ulama itu lebih dikenali dengan panggilan Al-Farabi..erm.. Kita sebenarnya telah jauh tersasar dengan mengagumi artis-artis Barat sedangkan Islam yang kita anuti sendiri mempunyai konsep yang dalam mengenai muzik. Mengapa kita harus mengagung-agungkan lagi artis-artis Barat sehingga sanggup menjadikan mereka sebagai idola?”
Seperti kebiasaannya, Hasbullah menamatkan ceritanya pada petang itu dengan persoalan. Dia berjalan meninggalkan kumpulan kanak-kanak yang sedari tadi asyik mendengar ceritanya.
- “Mulai saat ini, saya tidak akan memanggil kamu semua dengan nama sebenar. Tetapi kamu akan dipanggil Soul 1, Soul 2, Soul 3..........”
Hasbullah terkejut. Kain jubahnya ditarik-tarik oleh kumpulan kanak-kanak tadi. “Kami mahu mendengar cerita lain,” nampaknya kumpulan kanak-kanak tadi masih mahukan dia meneruskan cerita.
Dia menghentikan langkah seraya menarik nafas perlahan-lahan. Kain jubahnya sesekali ditiup angin. Angin yang mengingatkan siapa dirinya yang sebenar. Seorang insan yang lemah di hadapan Tuhannya. Hatinya merasa rindu untuk mencium haruman setanggi syurga. Ingin melihat kecantikan bidadari, Ainul Mardhiah. Ingin bersama para syuhada di dalam syurga.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu.
“Kamu lihatlah dunia sekeliling. Pasti kamu akan berasa pelik dengan orang di sekeliling kamu. Orang yang kamu kenali mahupun yang tidak kamu kenali. Kamu rasakan dirimu tidak berharga, tetapi sebenarnya masih ada orang lain yang lebih teruk daripada kamu. Apabila kamu mula bermegah-megah, maka fikirkanlah bahawa masih ramai orang yang lebih bagus daripada kamu,” Hasbullah menghabiskan ayat-ayatnya yang terakhir.
- “Kamu semua akan dilatih di kem ini untuk menghadapi sebarang ancaman daripada musuh Islam. Setiap arahan daripada saya mesti dipatuhi. Faham!” Kolonel Ibn Hamsi memberikan perintah tetap kepada pasukan di bawah pimpinannya.
Dia tersenyum memikirkan semula permintaan kumpulan kanak-kanak itu. Tetapi dia sudah tiada cerita lain lagi pada hari itu. Dia tahu keadaan 20 tahun lepas sudah tidak sama lagi seperti zaman ini. Tahun 2025 ini telah menyaksikan sendiri bagaimana Israel semakin hebat memerangi Islam.
Dia meninggalkan kumpulan kanak-kanak itu. Lalu berjalan pulang ke rumahnya. Hatinya tidak pernah hilang rasa rindu pada perang. Peperanganlah yang mengajarnya erti kehidupan. Peperanganlah yang mengukuhkan lagi keyakinannya kepada Islam.
- “Kamu faham tak apa yang saya katakan!” Kolonel Ibn Hamsi memarahi seorang anak buahnya. Tegas. Dia ingin melihat para pejuang di bawahnya bersikap berwaspada dan berdisiplin setiap waktu.
Dia mengesat air matanya yang mengalir deras. Pilu hatinya tidak dapat mengikut pejuang lain pergi mempertahankan maruah agama daripada ditindas. Briged Syuhada Al-Islami masih lagi berada di medan peperangan. Berita yang baru diterimanya pada pagi semalam sedikit menyejukkan hatinya.
“Seramai 3 orang pejuang kita syahid buat masa ini dan nampaknya askar musuh sudah mengurangkan serangan balas dan mula mengundurkan diri.”
Hasbullah menadah kedua belah tangannya seraya berdoa. Hatinya benar-benar inginkan mati sebagai seorang syuhada’, meskipun dia tidak dibenarkan ikut serta ke medan perang bersama-sama pejuang lainnya.
- “Esok kita akan membuat serangan hendap di ‘Camp Alpha’. Kamu semua akan berjuang bersama 2 kompeni lain,” Kolonel Ibn Hamsi mengingatkan anak-anak buahnya supaya bersiap sedia. Tergambar di wajah masing-masing kerinduan kepada syahid. Mereka bukan inginkan kemenangan semata-mata tetapi mereka impikan keredhaan Allah dan syurga yang ditempatkan untuk mereka yang syahid di jalan-Nya
Terik mentari bagai menggigit-gigit kulitnya. Dia menyeka peluh di mukanya. Namun silauan mentari tidak dapat menghalang hasratnya. Hasbullah berjalan bertongkat menuju ke Masjid As-Solihin. Seorang pemuda mengiringinya. Kumpulan kanak-kanak tadi masih lagi mengekorinya.
- Sekiranya kita terkorban dalam peperangan kali ini, maka bersyukurlah. Kerana perjuangan kita tidak semestinya untuk memiliki kemenangan di medan perang sahaja. Tetapi perjuangan kita adalah untuk mencari jalan menuju ke arah keredhaannya.
Hasbullah terkesima. Serasa kilauan mentari masih lagi menyengat epidermis kulitnya. Dia mengambil wudhu’ dan melakukan solat sunat dua rakaat. Hatinya sedih mengenangkan rakan-rakan seperjuangannya. Dia tahu persahabatan tidak akan hadir tanpa adanya rasa cinta kepada sahabatnya.
Ingatannya tersemat kemas dalam mindanya. Ukhwah yang terbina sekian lama menjadi pendorong semangatnya untuk meneruskan kehidupan.
- “Arghh!!” Seorang Mujahidin meraup kedua belah tangannya ke muka. Pedih matanya apabila sebiji bom tangan meletup kira-kira 100 meter daripadanya. Sufi segera berlari mendapatkannya sambil diawasi oleh Hassan.
Hasbullah tersentak. Kedengaran suara azan bergema mengembalikan ingatannya pada malam itu. Sebiji bom tangan meletup di kawasannya, 3 orang rakannya yang berhampiran syahid namun dia masih terselamat.
Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Dia mengimami solat Maghrib. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Kecintaannya terhadap mati syahid semakin meninggi.
Dia teringat kata-kata Hamka yang bagai berkumandang di telinganya.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
- “Soul 1! Saya terpaksa memindahkan kamu ke bahagian lain disebabkan keadaan mata kamu itu. Kamu tidak akan terlibat dalam peperangan lagi selepas ini”.
Air matanya berderai membasahi pipi. Impiannya untuk mati sebagai seorang Syuhada’ tidak kesampaian. Dia akur dengan arahan itu. Bayangan peperangan terakhirnya itu menghantui dirinya. Serasa matanya bagaikan dicucuk-cucuk sembilu. Pedih.
Lamunannya terhenti. Kedengaran bunyi deraian tapak kaki seorang pemuda yang berlari mendapatkannya. Wajahnya dialihkan ke arah bunyi tersebut.
“Ada berita buruk, tuan! Divisyen Infantri ke-5 kita diserang. Kolonel Ibn Hamsi terbunuh dalam serangan itu,”
Hasbullah menahan kesedihan yang hendak terukir di wajahnya. Rupa-rupanya pihak musuh amat licik. Baru semalam dia mendapat berita gembira. Kini dipaksa juga hatinya menerima berita kematian rakan-rakannya. Dia teringatkan peristiwa Perang Uhud yang berlaku di zaman Rasulullah. Orang musyrikin membuat serangan hendap apabila tentera Islam mula leka dan tidak menuruti arahan pemimpin.
Esoknya, berita kematian Kolonel Ibn Hamsi hangat diperkatakan rakyat kota. Malahan media massa turut sengaja memainkan peranan menggembar-gemburkan berita kematian Kolonel Ibn Hamsi. Itulah rancangan Yahudi, sengaja menutup mulut media massa apabila kekuatan mereka lumpuh tetapi apabila berjaya terus diuar-uarkan untuk melahirkan perasaan takut dalam diri umat Islam. Itulah yang dinamakan perang psikologi.
Tetapi ternyata berita itu tidak melunturkan semangat para Mujahidin untuk berjihad. Malahan seluruh umat Islam bagai turut bangkit menyahut seruan jihad.
- “Tuan! Tempatkan saya antara dua barisan sebagai pembawa bendera. Saya akan memegangnya kuat-kuat untuk kalian. Saya buta, kerana itu saya tentu tidak akan lari.
Komander Mustazar seraya mengumpulkan kerahan tenaga di seluruh dunia. “Jangan ada seorang juapun yang ketinggalan. Daripada orang-orang yang bersenjata atau orang yang mempunyai kemahiran, atau yang berani mati, atau yang berfikiran tajam, melainkan hadapkan semuanya kepada saya seberapa segera!”
Seruan Komander Mustazar disambut baik dan bersemangat oleh semua kaum Muslimin. Mereka datang berpusu-pusu dari segenap ceruk kawasan Islam untuk menyahut seruan jihad. Berkumpullah kaum Muslimin lengkap dengan senjata masin-masing di hadapan Komander Mustazar.
Di antara kerumunan manusia yang ramai itu terdapat seorang perajurit buta, Dialah Hasbullah yang dahulunya dipanggil Soul 1 yang sudah gian pada peperangan. Hatinya rindukan kematian. Kematian yang akan membawa rindunya kepada Yang Maha Esa.
Komander Mustazar membahagi-bahagikan kaum Muslimin kepada beberapa kumpulan. Dia memanggil seberapa ramai perancang strategi perang Islam yang terkemuka dari seantero dunia seperti Tun Zul Yusri, Mejar Nazratan, Kapten Shahray dan lain-lain lagi. Semuanya bersidang secara sembunyi di Khamriyat Al-Dzar yang telah dilengkapi sistem penghalang gelombang MIC-98.
Setelah semuanya siap sedia. 2 pasukan di bawah pimpinan General Zaruddin ditugaskan melakukan serang hendap terhadap beberapa khemah askar Israel. Sementara 1 pasukan berani mati ditugaskan di bawah seliaan Kolonel Riduan akan melakukan beberapa siri pengeboman di kawasan yang telah ditetapkan. Sementara yang lain akan menyelinap masuk ke negara(haram) Israel melalui setiap penjuru negara tersebut yang rata-ratanya telah dikawal oleh tentera Rejim Zionis.
Pasukan Islam yang disertai Hasbullah berangkat ke sempadan Tebing Barat. Di sana telah menunggu beberapa batalion pasukan Islam yang datang dari berbagai tempat. Firdaus, panglima perang Islam segera menghimpunkan semua kekuatan Islam yang cuma 40,000 orang itu untuk menghadapi tentera Israel yang bersiap sedia menanti serangan di kawasan itu.
Beberapa khemah tentera didirikan di kawasan itu. Firdaus hanya menunggu arahan sahaja supaya semua rancangan yang telah diatur untuk mengkucar-kacirkan pertahanan pihak musuh berhasil.
******
Bendera dipegang kuat-kuat sesuai dengan janjinya. Dia tidak nampak apa-apa, cuma hiruk-pikuk saja yang kedengaran. Walaupun matanya tidak dapat melihat peluru-peluru yang bertebangan, namun hatinya dapat melihat syurga dengan jelas.
Peperangan telah pun bermula. Kedua-dua pasukan bertempur bermati-matian. Mayat bergelimpangan setiap saat. Sebentar sahaja bumi Palestin telah bertukar menjadi lautan darah. Lautan darah manusia yang berjuang menegakkan hak masing-masing.
Setelah berhari-hari peperangan berlangsung, pasukan Islam masih lagi utuh terus maju mendesak. Segala permintaan Israel yang meminta perjanjian damai ditolak. Bukan kerana sudah berkali-kali mereka mengemukakan perjanjian damai maka permintaan mereka ditolak tetapi segala perjanjian yang dibuat hanya menguntungkan pihak mereka sahaja. Malah gerakan yang memperjuangkan Islam pula akan mendapat cop mohor pengganas.
Akhirnya tentera Israel yang berkekuatan 4 kali kekuatan tentera Islam itu tidak sanggup menahan asakan tentera Islam lagi. Ada yang lari lintang-pukang meninggalkan medan peperangan setelah melihat rakan-rakan mereka bergelimpangan di merata-rata tempat. Yang masih hidup mengundurkan diri tanpa memikirkan rakan-rakan lain, namun dapat dihujani peluru-peluru kaum Muslimin yang bertali arus.
Air sungai pun bertukar menjadi darah. Semerah semangat kental mereka. Umat Islam mendapat kemenangan besar. Bumi Palestin kembali menjadi milik Islam.
Kini tentera Islam mengumpulkan mayat-mayat para pejuang yang mati syahid dalam membela agama itu. Setelah dikira bilangannya mencapai 3000 orang. Salah seorang di antaranya adalah perajurit yang memegang bendera. Dialah perajurit buta, Mohd Hasbullah Bin Kamarudin. Tercapailah hasratnya untuk menjadi seperti Abdullah Bin Ummi Maktum, sahabat Rasulullah yang syahid dalam perang Kadisia.
Biar rebah jangan berubah, biar terbuang terus berjuang. Ujian adalah tarbiah daripada Allah. Semakin dekat bahtera diri kepadanya, semakin kuat ujian melanda. Yakinlah bahawa Dia Maha Esa...
3 comments:
cintakan syahid..satu peringkat cinta yang tinggi kepada-Nya..apbila syahidnya seorang muslim y ikhlas bjuang kerana Allah n Islam maka terhapuslah semua dosa-dosanya y lalu n hanya syurga yang layak untuknya..tapi.. layakkah kita?
cerpen ni akak suka coz mengingatkn kita betapa pentingnya bjuang fisabilillah..jihad tu mmg penting untuk mbela umat islam drpd ditindas oleh kafir laknatullah n menegakkan agama Islam tu sendiri...lebih2 lagi pd zaman skrang..umat islam terlalu leka ngan dunia smpikan umat islam negara lain apabila diserang,kita seakan2 mbisu..walaupun kita x mampu dari segi harta tp sekurang2 nya doakan kselamatan mereka..
"ya Allah,Kau selamatkan saudara seislamku di Palestin,
ya Allah,Kau selamatkan saudara seislamku di Iraq,
ya Allah, Kau selamatkan saudara seislamku di Iran,
ya Allah,Kau selamatkan saudara seislamku di Afghanistan
ya Allah,Kau selamatkan saudara seislamku di Thailand
ya Allah,Kau selamatkan saudara seislamku di Indonesia,
ya Allah,Kau selamatkan saudara seislamku di Malaysia,
ya Allah,Kau selamatkan saudara seislamku di mana2 sahaja mereka berada,
tetapkan dan ikhlaskan hati kami berjuang tuk agama-Mu
tiada yang lain yang kupinta melainkan keredhaan-Mu
amin ya rabbal a'lamin..
kak hid
hid_uniten@yahoo.com
assalamualaikum...satu percubaan yg sihat dlm menghasilkan karya berintikan dakwah. moga dgn karya kita dpt mengetuk hati2 yg zulmat. insyaAllah, moga anda terus b'karya. sy dpt link anda melalui ukhwah.
-Sy juga peminat karya sastera berunsurkn dakwah.
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Videos lesbianas meando Distance education degree education training distance http://www.conferencing-web.info/viet-nam-tamiflu.html Book how to top best credit score Buy now acyclovir Digital cameras +consumer reports honda crv 99 tamiflu drugs Wild  crazy contact lenses
Post a Comment