Waktu sudah tengahari tatkala aku membelek-belek album PKN. Ia mengingatkan aku kepada pengalaman sepanjang berada di sana. Wajah-wajah jurulatih-jurulatih bermain-main di benak fikiran. Teringat kembali akan satu peristiwa seawal 2 atau 3 minggu aku berada di sana.
Peristiwa itu berlaku pada satu malam Sabtu. Malam itu diadakan satu pertandingan karaoke. Sengaja aku datang lambat ke dewan pada malam itu. Aku memaksa juga diriku untuk menghadiri pertandingan itu. Serasa telinga tidak dapat menahan lagi riuh-rendah suasana di dewan. Aku mengambil keputusan untuk keluar daripada dewan tersebut secepat mungkin.
Dalam perjalanan keluar, kelihatan seorang jurulatih paling garang di Kem Seri Perkasa, Encik Bakar, berhenti tidak jauh dariku sambil memerhatikan kelibat diriku. Aku meneruskan perjalanan sambil cuba mencipta alasan. Dia memanggilku dengan menggunakan isyarat tangan. Habislah!! Teruklah kalau kena marah. Detik hatiku.
“Hermm.. Awak nak pergi ke mana?”
“Er..errr...saya nak pergi..ermm..kedai. Nak beli makanan sikit.” Terkeluar akhirnya alasan yang paling boleh dikatakan munasabah pada waktu itu.
“Tidak mengapa. Kenapa muka takut semacam jer ni. Bukannya saya nak makan awak pun. Jarang sebenarnya saya tengok remaja macam awak ni. Berpakaian kemas dan tak macam budak lain.”
Fuhh!! Selamat aku malam itu. Padahal, sengaja aku tuck in baju malam pada malam itu. Kemudian Encik Bakar berbual dengan aku mengenai keluarga, sekolah dan pendapatku mengenai PKN. Selepas perbualan ringkas dengan dia, aku berasa lebih yakin untuk melakukan sesuatu yang aku rasakan benar walaupun terpaksa melanggar peraturan PKN.
Selepas itu, aku meneruskan perjalanan menuju ke kedai. Aku menemui beberapa sahabatku, Hasbullah, Zulhaizar, Firdaus dan Azizul sudah terpacak di kedai tersebut.
“Lerr..korang keluar tak ajak aku. Selamba jer,” aku melepaskan ketidakpuasan hati kepada mereka
“Ahaks. Kau yang keluar dulu tadi. Kitorang ikut ler. Tapi bila nampak Cikgu Bakar tengah borak ngan kau, kitorang lalu la jalan lain”
Hanya kami sahaja yang pergi ke kedai pada malam tersebut sambil duduk-duduk di meja yang disediakan. Kemudian seorang jurulatih lagi menyapa kami, Cikgu Ruzaimie. Seorang lepasan universiti dan masih muda lagi.
“Alang-alang cikgu dah ada kat sini. Meh la sambung usrah tergantung semalam,” kata Zulhaizar. Memang Cikgu Ruzaimie suka berbual mengenai hal agama dan kadang-kadang dia bagi kami ilmu baru juga..hehe...Mengenai hati perempuan.