Tuesday, May 31, 2005

Album

Waktu sudah tengahari tatkala aku membelek-belek album PKN. Ia mengingatkan aku kepada pengalaman sepanjang berada di sana. Wajah-wajah jurulatih-jurulatih bermain-main di benak fikiran. Teringat kembali akan satu peristiwa seawal 2 atau 3 minggu aku berada di sana.

Peristiwa itu berlaku pada satu malam Sabtu. Malam itu diadakan satu pertandingan karaoke. Sengaja aku datang lambat ke dewan pada malam itu. Aku memaksa juga diriku untuk menghadiri pertandingan itu. Serasa telinga tidak dapat menahan lagi riuh-rendah suasana di dewan. Aku mengambil keputusan untuk keluar daripada dewan tersebut secepat mungkin.

Dalam perjalanan keluar, kelihatan seorang jurulatih paling garang di Kem Seri Perkasa, Encik Bakar, berhenti tidak jauh dariku sambil memerhatikan kelibat diriku. Aku meneruskan perjalanan sambil cuba mencipta alasan. Dia memanggilku dengan menggunakan isyarat tangan. Habislah!! Teruklah kalau kena marah. Detik hatiku.

“Hermm.. Awak nak pergi ke mana?”
“Er..errr...saya nak pergi..ermm..kedai. Nak beli makanan sikit.” Terkeluar akhirnya alasan yang paling boleh dikatakan munasabah pada waktu itu.

“Tidak mengapa. Kenapa muka takut semacam jer ni. Bukannya saya nak makan awak pun. Jarang sebenarnya saya tengok remaja macam awak ni. Berpakaian kemas dan tak macam budak lain.”

Fuhh!! Selamat aku malam itu. Padahal, sengaja aku tuck in baju malam pada malam itu. Kemudian Encik Bakar berbual dengan aku mengenai keluarga, sekolah dan pendapatku mengenai PKN. Selepas perbualan ringkas dengan dia, aku berasa lebih yakin untuk melakukan sesuatu yang aku rasakan benar walaupun terpaksa melanggar peraturan PKN.

Selepas itu, aku meneruskan perjalanan menuju ke kedai. Aku menemui beberapa sahabatku, Hasbullah, Zulhaizar, Firdaus dan Azizul sudah terpacak di kedai tersebut.

“Lerr..korang keluar tak ajak aku. Selamba jer,” aku melepaskan ketidakpuasan hati kepada mereka
“Ahaks. Kau yang keluar dulu tadi. Kitorang ikut ler. Tapi bila nampak Cikgu Bakar tengah borak ngan kau, kitorang lalu la jalan lain”

Hanya kami sahaja yang pergi ke kedai pada malam tersebut sambil duduk-duduk di meja yang disediakan. Kemudian seorang jurulatih lagi menyapa kami, Cikgu Ruzaimie. Seorang lepasan universiti dan masih muda lagi.
“Alang-alang cikgu dah ada kat sini. Meh la sambung usrah tergantung semalam,” kata Zulhaizar. Memang Cikgu Ruzaimie suka berbual mengenai hal agama dan kadang-kadang dia bagi kami ilmu baru juga..hehe...Mengenai hati perempuan.

12 comments:

As said...

assalamualaikum..hadir lg sekali ke blog ni..hrmm..pasal haT perempuan..bleh x nk cakap smthg..hanya wanita je memahami wanita..(<--depend gak)..n x semua yg kita anggap mengenai p'puan ni btul..ada sstgh p'puan pyh tul nk tafsir hatinya...n xkrg jgak senang je nk agak tgkah lakunya..depend laa..have smthg 2 tell ya'..tp xleh r kt sini..nnT do remind me to tell ya'..

p/s:..it's tight in not take in..if i'm not mistaken

Azree MH said...

yupz..mmg betul..hanya wanita yg memahami wanita..tapi nanti klau laki langsung tak cuba memahami..yang wanitanya pula marah..sebenarnya ia lebih kepada cara pemikiran wanita..atau bagaimana menjaga hati wanita...

lagipun sebelum masuk PKN..Nabilah Hani ada komen psl cerpen Az sbb langsung takde watak perempuan(sila baca Virus EIFA)...dan Az pun masa tu ragu2 nak letak watak perempuan..takut tersalah cara..n faisal tehrani sendiri menyedari kebanyakkan penulis muda terutama dari golongan lelaki, jarang menggunakan watak wanita kecuali watak ibu...lalu diadakan kursus 'Wanita Dalam Sastera'(dah lupa nama kursusnya sbb tak pergi pun)...

p/s:Jadi, apa salahnya yang lelaki cuba belajar memahami walaupun sedikit mengenai orang perempuan..

Azree MH said...

P/S: satu lagi..cerita ni sebenarnya untuk bgtau kat adik2 yg akan pergi PKN pada tahun depan..kalau rasa sesuatu salah..janganlah kita berterusan menyokongnya..kalau tak boleh nasihat..kita jauhkanlah diri...sebab selepas peristiwa tu, mmg Az ngan kawan2 Az seakan diberi kebenaran utk buat aktiviti sendiri n semua jurulatih pun memahami...

As said...

yelaa azree..mmg btul..mmg bgus..blaja laa byk2 spy x melukakan hati perempuan..mmg bgus..ok azree..?..smlm mmg nk ckp smthg..ble azree ckp camtu bru as teringat...nnT laa as bgtau...sorry az..

p/s:...sorry..tuck in..nk tdo smlm bru tringt...

As said...

td xsmpat nk cakap..bagusnya ader ikhwah cm azree ni..berusaha tuk fahami hati akhawat..hehe..jarang ikhwah camni..hrmm..klo ade ilmu yg azree bleh share dgn as tuk as bg pndgn?..will u?

As said...

ye ker best dpt p pkn...hrmm..msa as dlu selalu org tnya bsr x pkn?..pastu blur tatau nk jwb pe...mmg laa..setiap sesuatu ader pros n cons dier..rasai sndri tau r cmne...tp cm azree ckp..klo kita rse benda tu betul..wat jelaa..klo rse salah jgn ikut..hrmm...as sndri pun xbtul gak..insyaAllah lbh baik pd msa akn dtg..ameen..

Azree MH said...

ermm..sori lama tak online...sekarang ada kat kampung lagi...12 hb jun ni nak gi kisas sampai 19 hb jun kot..

-nabilah hani-
aritu [egi usik2 sket setting kat template..pastu byk terdelete...nanti saya letak balik...

BooK said...

err... azree, kau tak pk ape aku rase mase kat pkn dlu ade parti ala2 joget lambak.
nak kasi lagi best cite aku ni, majlis tu dibuat kat dewan kolej uniti kat pd... haha.. aku pun turut lari.. bersama abg2 senior kau kawan2 aku dulu

Azree MH said...

herm...ada gak mende tu kat kem..tapi pandai2 r cover..

Kinokids said...

erk. hati popuan? hmmm

Anonymous said...

salam..abg ni..wahwahwah..banyak progress nampak..nak kena baca cerpen anta ni..anyway, kat sini baru dapat beberapa org adik2 baru..hihi..batch junior anta kot..2004..alhamdulillah, ok2 semuanya..sophee la paling sedap dibuli..:)

Anonymous said...

wah!2x hebat tul lah!(sebenarnya belum baca lagi..:)