"Saya Tidak Boleh Memimpin Kerana Saya Bukannya Top Leader."
Mungkin anda biasa mendengar luahan ini atau ada di antara anda sendiri yang meluahkannya. Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda satu rahsia untuk menjadi leader yang baik walaupun kita hanyalah berjawatan rendah atau hanya orang biasa atau juga pelajar biasa.
Tentu anda pernah dengar nama-nama seperti Mahatma Gandhi yang memimpin berjuta manusia sepanjang 200 km dalam satu protes besar-besaran ataupun William Wallace yang memimpin beberapa pahlawan untuk menentang negaranya sendiri yang menentangnya dan juga Marthin Luther King Jr. Kesemua mereka ini hanyalah orang yang tidak berpangkat tinggi tetapi berjaya mempengaruhi sebilangan besar rakyat untuk berada di bawah pimpinannya. Realitinya, lebih 90% pemimpin di dunia bermula bukannya Top Leader tetapi mereka adalah golongan pertengahan sesebuah organisasi.
Satu perkara penting dalam kepimpinan (leadership) adalah bagaimana anda mempengaruhi (influence) orang di sekeliling anda. Bukan semua tahu cara-cara mempengaruhi orang dan ianya bukannya sesuatu yang mudah. Kalau ia mudah sudah tentu ramai yang boleh memimpin.
Beberapa orang mempunyai hubungan baik dengan ketua atau bos mereka tetapi mereka tidak ada pengaruh yang baik dengan orang bawahannya. Ada pula yang bijak memimpin ahli-ahli dalam kumpulannya atau organisasinya tetapi mereka tiada pula pengaruh dengan orang persekitarannya ataupun organisasi lain. Kesimpulannya, ramai orang yang produktif tetapi mereka kelihatan masih belum cukup pengaruh yang kuat daripada orang persekitarannya.
Jikalau anda ingin menjadi pemimpin yang baik, saya nasihatkan lebih baik bermula dengan bina networking yang baik dengan orang di sekitar anda. Kerana mereka itulah yang akan menjadi penyokong utama anda biarpun bilangan mereka sedikit.
Ingat, salah satu daripada teknik marketing yang baik adalah melalui mulut ke mulut. Jadikan teknik marketing ini sebagai salah satu teknik untuk kita mendapat pengaruh yang besar dan luas.
Bermulalah daripada sekarang!
P/s: Saya akan berkongsi lagi dengan anda beberapa tips mengenai leadership dengan anda. Sila lawati blog www.azree-mh.blogspot.com

3 comments:
jawa..jawa...
lama tk kontek ko eh. kojut eden tetiba ko tegur aku laks via ym.
Bagus a,da berhijrah jd org yg lg bgus kot(ceh,macam dulu jahat jer eh??huhu)
borak ngan ko pon citer pembaharuan, fikir global,wat syarikat bsr2,kuarkn buku ilmiah etc a..terpana laks aku,huhu~
niway,bgus a keje ko nih,aku support ko,hehe...
leader, ikut peringkat, xkan la top-leader bleh lead sume? family, ada leader sendrik, syarikat ada leader sendrik, sorang leader syarikat, xsemestinya bleh lead family.
top-leader tu perlu diperincikan definisi dia...top dari segi apa...
bg aku, leader ni atas persetujuan org la... tp bukan majoriti,(baca demokrasi) atas persetujuan mereka yg layak membincangkannya shj (baca shura)
tu la pada aku...kalo nk tggu sume org kate, 100%, sampai kiamat xda...
Minta maaf kepada saudara syphoon kerana saya tidak mendefinisikan maksud 'top' kerana menyangkakan semua orang sudah sedia maklum akan maksudnya.
'top' yang saya maksudkan di sini ialah 'paling tinggi'. mSeperti yang saudara sendiri sdia maklum dalam setiap organisasi pasti ada orang yang memegang jawatan paling tinggi dan orang itulah yang mereka katakan ketua atau pemimpin.
Tak kisahlah dalam organisasi apa pun sekali termasuk keluarga, syarikat, sekolah, pengawas dan lain-lain lagi, semuanya pasti ada ketua tertinggi. Jelas?
Jadi, entri saya yang ini ingin membuang tanggapan sesetengah orang yang mereka mengatakan, "Saya tidak perlu/boleh memimpin kerana saya bukan ketua tertinggi".
Saya harap saudara faham dengan penjelasan saya yang ringkas ini. Sekian.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Post a Comment