Thursday, April 20, 2006

Karya Terjemahan Terbitan PMRAM


BUKU KEDUA

Judul Buku :Weil China
Genre :Novel Terjemahan
Penulis :Emine Senlikoglu
Penterjemah :Mohd Rofizi Dollah
Penerbit :Badan Penerangan & Penerbitan (BPP) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Sinopsis :
"Gadis yang aku cintai hanya menggerak-gerakkan jari jemarinya. Dia tidak mengangkat tanganya agar orang lain tidak memahami, namun aku memahaminya. Suara lemah emakku yang meraung meminta tolong. "Tolong emak Qan!" masih lagi terngiang-ngiang di telinga. Berikan kami sedikit kebebasan! Duniaku bagaikan gelap gelita sewaktu gadis yang aku cintai meludahi mukaku di hadapan khalayak ramai.

Biodata Penulis:
Aminah Syenlikoglu, penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di Bandar Istanbul. Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki. Menjadi pengarah umum Majalah Mektup dari tahun 1985. Bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan Kesusateraan Antarabangsa. Beliau banyak menghasilkan karya-karya bermutu dan di penjara beberapa kali kerana karya-karyanya. Dahulu Menuntut di Universiti Al-Azhar Fakulti Usuluddin.

Biodata Penterjemah:
Mohd Rofizi Bin Dollah. Berasal dari Kampung Alor Majam, Bachok, Kelantan. Menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar di peringkat Sarjana Muda dalam fakulti bahasa Arab dengan mendapat B.A (Hons) pada tahun 1997. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dalam Jabatan Balaghah dan Kritikan di universiti yang sama.


dipetik dari laman web www.adabuna.blogdrive.com
Sesiapa yang ingin membeli novel di atas, bolehlah bertanyakan saudari Zainab Binti Haron Yahya. Untuk makluman buku ini memang tidak dipasarkan di Malaysia. Hanya terdapat di Mesir sahaja.

2 comments:

syauqah-el-wardah said...

akak nak bgtau Azree, akak dah dapat kedua-dua buku tu. Abg akak kata, dah tak terbit lagi dah kt sana. dah habis dah. kalau nak baca juga dan tak dapat cari daripada orang lain, akak boleh pinjamkan. wassalam

orang kurang rajin said...

weil china eyt? macam pernah dgr kwn promote.. tak keluar dah kat sane? waa.. nak nak!! :P