Thursday, June 28, 2007
Website Baru!
Salam 'alayk,
Sekadar memberitahu berita gembira. Satu lagi website baru telah hadir di alam maya. Laman web yang akan dipenuhi dengan entri-entri motivasi dan juga kisah-kisah menarik. Harap semua sudi mengunjunginya.
www.studiomuslim.com
Wednesday, June 27, 2007
Poligami: Nasihat Haji Lamsin kepada wanita
Adakah satu keperluan bagi lelaki?
Sama juga jika saya berikan jawapan ini, “Bukan semua lelaki inginkan poligami.” Tapi pasti saya juga tidak puas hati jika dapat jawapan seperti ini. Senangnya saya katakan soalannya berbentuk subjektif dan mungkin jawapan yang saya berikan tidak menepati keadaan, tempat, orang, waktu dan sebagainya.
Analogi tentang sifat lelaki
Tetapi biarlah saya memberikan anda satu analogi tentang ‘keinginan lelaki’. Perkara ini perlu ramai perempuan ambil kira sebelum mengahwini seseorang lelaki. Jangan bila sudah beranak dua, bila si suami minta kahwin satu lagi anda mula meradang. Hehe. Harap-harap tidaklah.
Saya dapat analogi ini semasa lawatan saya ke Sabah. Bertemu seorang lelaki yang bukanlah pemimpin tertinggi di Sabah tetapi namanya sahaja kalau disebut di depan timbalan menteri Sabah, pasti beliau akan mengenalinya. Kalau ingin buat apa-apa program di Sabah, sebut sahaja namanya pasti program anda akan berjalan lancar. Siap Timbalan Menteri sanggup datang. Namanya Haji Lamsin dan beginilah analoginya.
Lelaki ibarat sungai yang mengalir
Lelaki ini ibarat sungai yang mengalir. Anda sendiri tahu sungai itu ada bermacam-macam jenisnya. Ada bengkang-bengkok, ada yang lurus, ada yang tersumbat, ada yang meliar alirnya, ada yang deras, ada yang perlahan arusnya, dan ada yang macam-macam lagilah jenisnya. Mungkin jenis yang sudah ramai yang faham tetapi ramai terlepas pandang kepada jenis yang sungainya bercabang dua, bercabang tiga ataupun bercabang empat. Kalau bernasib baik, dapatlah yang airnya terus mengalir ke laut.
Jenis yang bercabang ini air sungainya mengairi kebun-kebun. Kalau bercabang dua, maka senang kira dua kebunlah. Begitulah seterusnya. Itulah sifat yang perlu anda kenal betul-betul adakah lelaki anda itu seorang yang bagaimana aliran sungainya. Cari petanda sama ada dia itu ada harapan ingin berkahwin lebih seorang ataupun tidak.
Lelaki yang jenis aliran sungainya bercabang ini mungkin ada alasan atau kehendak tersendiri untuk berkahwin dua, tiga ataupun empat. Sudah jadi sifatnya ingin mengaliri kebun-kebun yang lain. Eheh. Jangan fikir lain pula dengan ayat saya seperti ini.
Ada juga yang alasannya ingin mengikut sunnah Nabi Muhammad. Nabi suka menderma, jadi mereka ini pun ingin menderma dan beramal. Ada juga alasannya tidak tahan dengan isteri pertama. Apa juga alasannya jikalau niatnya baik, caranya betul, tidak perlulah dipertikaikan lagi.
Jangan halang kalau itu perkara yang baik
Ingin tahu apa akibatnya jika anda cuba menghalangnya? Ini juga ibarat cuba membuat tembok untuk menutup haluan air sungainya mengalir ke cabang yang lain. Mungkin pada awalnya ia berjaya tetapi faham-fahamlah namanya pun air sungai. Ia mungkin akan mencari jalan yang lain supaya dapat juga mengalir ke arah yang sepatutnya – arah yang patut dia mengalir tetapi dihalang. Ataupun lama-kelamaan tembok itu juga boleh pecah jika airnya melimpah-limpah.
Orang kata kalau lelaki sudah guna cara lain untuk mendapatkan orang yang dia minat, lebih baik kahwinkan sahaja. Nanti anda juga sebagai isteri yang mendapat malu jika suami anda berpeleseran dengan wanita lain. “Ada suami tapi tak reti nak jaga”. Eh. Hehe. Jangan marah. Tetapi ini memang benar-benar berlaku.
Kesimpulannya, soalan yang subjektif seperti
Sila lawati 'Blog Poligami' untuk keterangan lebih lanjut. Buku 'Tip-tip Poligami' sudah berada di pasaran.
Sunday, June 24, 2007
Nota: Usahawan Bidang Training 3
Sektor Awam
Orang kata sektor kerajaan ini umpama kebun yang pagarnya terlupa dikunci. Maksudnya memang mudah untuk dimasuki dan memang banyak peluang-peluang besar di dalam sektor kerajaan ini.
Anda ada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebudayaan dan macam-macam kementerian lagilah. Bak kata orang, banyak pilihan. Jadi, pilihlah yang mana anda inginkan.
Untuk memulakan bidang training ini, memang disyorkan anda memilih sektor kerajaan dulu sebagai permulaan kerana kerajaan memang ingin menolong rakyatnya.
"Tinggikah bayarannya?" Eh, tanya pasal bayaran pula. Jangan risau, kerajaan memang memperuntukkan dana terbesar untuk train orang-orangnya., ahli-ahli sukan dan sememangnya pekerja sektor kerajaan memerlukan skil yang betul. Barulah kerja semakin teratur.
Secara amnya, sektor kerjaan ini terbahagi lagi kepada beberapa bahagian. Tapi, buat masa ini biarlah saya berhenti setakat ini sahaja.
Sektor Swasta
Ini merupakan sektor yang susah untuk dimasuki kerana kebanyakkan syarikat swasta mempunyai trainer mereka sendiri. Mereka ada piawaian khas untuk memilih trainer mereka. Tapi, dengan teknik dan langkah yang betul kita masih boleh masuk lagi ke dalam sektor swasta.
Ada caranya, tapi biarlah rahsia. Hehe. Cukuplah setakat ini dahulu. Saya hendak kena siapkan sinopsis buku untuk Cik Rozita pula. Lama dia menunggu.
P/s: Cik Rozita, saya sedang merujuk kepada Puan Ainon dahulu untuk menulis buku tersebut.
Wednesday, June 20, 2007
Nota Usahawan Bidang Training 2
Buat permulaannya biarlah kita tahu dahulu training jenis apa yang boleh dibuat dan bagaimana untuk membuatkannya menguntungkan kita dan juga menguntungkan klien. Bidang training ini ada banyak jenis. Orang gagap pun boleh menjadi trainer. Ini berlainan dengan bidang ceramah. Bidang ceramah lebih kepada one man show. Siapa yang pandai bercakap maka dialah yang akan selalu dipanggil ke sana sini.
Eheh! Jangan pelik pula bila saya kata orang gagap pun boleh masuk bidang training ini. Hehe. Tak percaya? Cuba tengok trainer bola sepak, tidak pun trainer masak-memasak. Tidak perlu bermulut banyak. Sebab tugas trainer adalah memberi skil bukannya sekadar bercakap-cakap.
Kita teruskan lagi nota saya semasa menghadiri bengkel tersebut. Bidang training terbahagi kepada dua jenis. Satu Hard Skill dan satu lagi Soft Skill.
Hard Skill adalah skil yang seseorang trainer itu berikan berdasarkan bidang yang betul-betul dia menjadi pakar di dalamnya. Sebagai contoh, mekanik kereta mewah mengajar cara-cara membaiki kereta-kereta mewah. Ada beberapa orang sahaja yang pandai membaiki kereta mewah. Jadi, mereka ini adalah pakar di dalam bidang mereka. Contoh lain, Seorang jurutera pendawaian mengajar cara pendawaian sesebuah rumah.
Soft Skill pula adalah skil yang seseorang trainer itu hanya perlu tahu sahaja. Itu sudah memadai. Tahu dan pandai melatih orang untuk belajarnya. Tidak perlu trainer tersebut menjadi pakar ataupun tidak. Ada seorang kawan saya pernah membuat training untuk beberapa orang ketua jabatan tentang building teamwork. Itu contoh paling mudah. Dia tidak perlu menjadi pakar tetapi tahu bagaimana untuk membina teamwork. Itu sudah cukup. Puan Ainon memberi contoh lagi mudah, "Kalaulah saya ingin buat bisnes training lagi, produk saya itu adalah 'Teknik-teknik memuji pekerja' yang akan diajarkan kepada semua ketua jabatan sektor awam."
Nampak mudahkan? Tetapi yang penting jangan kita ambil produk orang lain untuk dijadikan produk sendiri. Itu akan menjatuhkan reputasi seseorang trainer. Sebagai contoh, seseorang trainer itu datang ke satu bengkel training yang trainer lain anjurkan dan semua teknik, aktiviti dan latihan yang diberikan ditiru bulat-bulat.
Seeloknya, cuba buat latihan dan aktiviti sendiri. Dan lagi elok jika anda sudah menulis buku yang berkaitan dengan produk anda tersebut.
P/s: Nota akan datang berkenaan cara-cara untuk masuk ke pasaran training secara serius.
Sedikit Iklan Daripada Kawan
Sekiranya anda ingin menulis novel imaginasi sendiri, bolehlah utarakannya ke emel syafizan@pts.com.my .
Kita juga mempunyai satu website khas untuk membincangkan mengenai novel Sci-fi yang diusahakan oleh dua orang anak muda. Sila klik di sini
Biar budak-budak sewel ini menjadi profesor kepada orang-orang logikal. -Sifu PTS-
Tuesday, June 19, 2007
Nota: Usahawan Bidang Training 1
Baru-baru ini saya sempat menghadiri satu kursus berkenaan bisnes training. Jadi, barulah saya jelas akan apa itu ceramah dan apa itu training. Ceramah dan training merupakan dua perkara yang berbeza. Pada entri kali ini saya ingin menjelaskan perbezaan antara ceramah dan training.
Bisnes Ceramah
Objektif ceramah adalah untuk memberi kesedaran(awareness) kepada orang yang menghadirinya. Secara analoginya bidang ceramah ini seperti pergi ke sebuah pertunjukan sarkas. Dalam pertunjukan sarkas, antara yang boleh dilihat adalah persembahan juggling daripada seorang badut. Tamat sahaja pertunjukan sarkas, jika kita disoal apa itu juggling kita sudah boleh menjawab juggling itu adalah melambung beberapa biji bola dan menyambut kembali secara berurutan. Tetapi jika kita disuruh untuk juggle bola, kita masih belum tentu boleh melakukannya.
Maksudnya, jika kita pergi ke mana-mana program ceramah, apa yang kita dapat adalah pengetahuan dan kesedaran. Jadi, akan wujudlah ayat-ayat ”Oh, itu rupanya belajar” atau “Ya, saya sudah tahu kepentingan untuk belajar” atau mungkin juga “Saya sudah tahu yang kita perlu belajar untuk berjaya”. Tapi skill untuk belajar itu masih belum tahu lagi.
Jika masih belum jelas lagi, contoh terbaik untuk bidang ceramah ini adalah Dr. Shukri Abdullah, Fadzillah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, dan HM Tuah.
Bisnes Training
Training pula bertujuan untuk memberi skill kepada yang menghadirinya. Contohnya seorang trainer membuat kelas belajar juggle bola dan kita menghadirinya untuk beberapa jam, satu hari dan mungkin dua hingga tiga hari. Dalam kelas tersebut akan diajar cara juggle bola dengan betul dan efektif. Keluar sahaja daripada bengkel tersebut, kita akan tahu apa itu juggling dan jika disuruh juggle kita sudah boleh melakukannya.
Apa yang diajar adalah skill dan akan timbullah ayat-ayat seperti “Saya sudah tahu bagaimana untuk menguruskan masa belajar” atau “Saya sudah tahu cara paling efektif untuk mengawal emosi jika stress belajar”
Inilah beberapa perbezaan antara ceramah dan training. Mana yang lebih baik tidak dapat dijelaskan kerana setiap daripadanya ada kebaikan dan kelemahan masing-masing.
Bilangan peserta untuk satu ceramah boleh mencapai bilangan yang besar dan tidak terhad. Tetapi bilangan peserta untuk bidang training tidak boleh terlalu ramai dan tidak boleh terlalu sedikit. Pakar mengatakan jumlah terbaik adalah sekitar 30 orang peserta sahaja untuk satu bengkel training. Dan itulah jumlah yang paling optimum dan paling efektif untuk mengadakan kelas mahupun kursus motivasi.
Untuk entri akan datang, saya akan menulis pula nota seterusnya tentang bagaimana untuk crack market dalam bidang training ini. Jangan tidak percaya jika saya katakan walaupun untuk yang baru bermula dalam bidang ini, dia sudah boleh mendapat bayaran RM2,000 untuk satu sesi training dalam masa hanya 8 jam sahaja.
Sumber daripada Puan Ainon Mohd.
Friday, June 15, 2007
Wednesday, June 13, 2007
Friday, June 08, 2007
Kerja di 7 Eleven: Soalan dan jawapan UZAR
Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh allah?
JAWAPAN UZAR:
secara umumnya, kerja anda halal kecuali jika ada org membeli arak, maka tatkala itu anda juga mendapat dosa dan laknatnya jika anda seorang cashier. JIka anda pembantu yang menyusun dan semak stok dll, apa sahaj ayang berkait dgn menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.
Ini bermakna kerja ini boleh bercampur halal dan haram..
Hukum di atas adalah datang dari hadith Nabi SAW
"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)"
Sunday, June 03, 2007
Poligami: Kebaikan yang disembunyikan
Kadang-kadang saya berfikir apa hukumnya sengaja memberat-beratkan sesuatu perkara yang baik sedangkan Allah tidak pernah pula memberatkannya. Malah Allah memberikan berita-berita gembira bagi mereka yang melakukannya. Tapi inilah yang berlaku kepada sebilangan besar wanita apabila diajak berbicara tentang isu poligami.
Kebanyakkannya lantas mengeluarkan ayat seperti “Ingat senang ke nak poligami” atau “Bukannya lelaki tahu apa maksud berlaku adil” atau “Kena banyak belajar dulu tentang berlaku adil ni” dan bermacam-macam ayat lagi. Yang pasti semuanya tidak mahu menerima poligami tanpa mereka sendiri sedari. Dan yang saya pasti mereka sendiri pun tidak faham apa itu maksud berlaku adil kerana bila disoal balik ramai yang tergamam. Percaya atau tidak, cubalah sendiri ajak perempuan berbiacara soal poligami.
Jika dihayati, poligami sebenarnya memberikan banyak kelebihan kepada pihak wanita. Tidak perlulah berasa takut dengan perkataan ‘poligami’ kerana ia sebenarnya dituntut oleh agama.
Cuba fikirkan sekiranya seorang wanita itu berkata kepada suaminya, “Abang kalau nak kahwin satu lagi pun boleh.” Tapi si suami itu langsung tidak berkahwin lain lagi. Tidakkah itu sudah boleh menjadi bukti betapa si suami sayang kepada isterinya itu?
Apa yang ingin dibicarakan saya pada entri kali ini bukanlah untuk menceritakan kebaikan poligami kerana Allah sendiri seudah memberitakannya dalam Al-Quran. Tetapi apa yang ingin saya tulis adalah untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh sesetengah orang iaitu tentang berlaku adil.
Adil yang dimaksudkan dalam berpoligami adalah adil dalam pembahagian. Contohnya, jika si suami bermalam di rumah isteri pertamanya selama tiga malam maka dia perlu bermalam di rumah isteri kedua selama tiga malam juga dan begitulah seterusnya. Bukannya adil dalam pembahagian kasih sayang kerana ia adalah perkara yang subjektif.
Jika si lelaki mencintai seorang isterinya lebih daripada isterinya yang lain, itu tidak mengapa. Siapa yang boleh mengukur kadar peratus cinta dan kasih sayang seseorang? Sila jawab bagi siapa yang ingin menentang.
Adil di sini juga termasuk dalam pemberian nafkah dan makan minum. Ini jelas disebutkan oleh Nabi Muhammad sendiri seperti yang telah dicatat oleh Mu’awiyah al Qusyairi, beliau berkata:
Aku bertanya kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah, apa hak isteri daripada seorang suami?’ Lantas beliau menjawab, ‘Engkau memberi makan kepadanya jika engkau makan. Engkau memberi pakaian kepadanya jika engkau berpakaian. Janganlah engkau pukul wajahnya, janganlah engkau mengaibkannya dan janganlah engkau meninggalkannya kecuali di dalam rumah.” (HR Abu Dawud)
Jelas, itulah yang dimaksudkan adil kepada setiap isteri. Bukannya adil yang si suami terlebih memberi kasih sayang kepada isteri yang satu lagi atau apa-apa sahaja yang bersifat subjektif atau yang tidak mampu si suami berlaku adil seperti berjima’.
Dan jelas lagi di sini bahawa Islam tidak pernah membebankan bagi sesiapa yang ingin berpoligami. Nabi Muhammad sendiri telah menunjukkan kepada kita contoh yang paling jelas dan paling mudah dalam berpoligami. Ingat lagi bagaimana hidup Nabi Muhammad? Hidup sederhana, tidak kaya dan tidak miskin. Adakah untuk berpoligami perlu jadi kaya? Jelas, Nabi Muhammad sendiri telah menjawabnya.
Oleh itu, nasihat saya kepada kaum wanita janganlah cuba memberat-beratkan isu poligami ini dengan menceritakan keburukan itu dan ini. Cuba anda nyatakan ayat mana yang Allah cuba menyatakan keburukan berpoligami.
Takut-takut kita yang asyik membebankan hak berpoligami ini tergolong dalam golongan antipoligami. Dan mufti sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang menyokong antipoligami boleh merosakkan akidah. (Moga kita dijauhkan daripada perkara tersebut.)
Cuba latih diri kita bila berbicara soal poligami mulakan dengan menceritakan kebaikan-kebaikannya dahulu. Kemudian barulah masuk tentang cara-cara untuk mencegah keburukan. Bukan sekadar mengatakan yang itu buruk dan yang ini buruk.
Begitu indahnya bagi sesiapa yang menyokong poligami.
Friday, June 01, 2007
Utusan Malaysia yang dulu sudah lama mati!
Cis!
Emel dihantar kepada Utusan Malaysia, Utusan Malaysia kata diorang cuma ikut laporan Pusat Keselamatan Siber. Utusan kata:
Laporan kami berpandukan kepada kenyataan yang diberikan oleh CyberSecurity Malaysia, selaku “polis siber” Malaysia. Seperti mana kami memetik pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai jurucakap rasmi keselamatan di Malaysia, CyberSecurity Malaysia menjadi jurucakap rasmi keselamatan siber di Malaysia.
Emel dihantar kepada CyberSecurity. 2 kali. Tak balas. Kemudian call, dan pihak CyberSecurity cakap melalui telefon:
Kami hanya menerima laporan dari orang ramai. Laporan tersebut akan dihantar kepada pihak berkenaan seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, KDNHEP, PDRM dan sekiranya kami perlu bertindak (setelah disahkan oleh pihak berkuasa lain), kami akan bertindak. Kami tiada bidang kuasa untuk sahkan laman web tersebut menawarkan skim cepat kaya atau tidak.
So? Editor / wartawan Utusan Malaysia putar belit kenyataan Pusat Keselamatan Siber untuk buat berita sensasi? Bengong punya wartawan. Etika takde.
Don’t play play…
Dan satu lagi perkara pelik, kalau perkara tu masih dalam siasatan, kenapa Pusat Keselamatan Siber perlu sebarkan kepada wartawan? Wartawan Utusan Malaysia pulak tu. Ini satu lagi persoalan yang perlu dijawab sebab yang angkat telefon tadi bukannya orang paling atas.
Dulu Utusan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Fitnah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Antara kerja kotor lain terbaru diorang buat, mendahului Istana Perak dalam perkahwinan Raja Nazrin dan Zara Salim Davidson.
Jangan beli Utusan. Jangan baca website Utusan. Utusan hari ini bukan Utusan yang dulu yang membangkitkan kesedaran orang Melayu tentang pelbagai isu. Utusan Malaysia yang lama sudah lama mati. Noktah.
Entri ini dipetik daripada www.pakdi.net, berikutan kes utusan yang menyiarkan berita-berita palsu.
p?S: yang betul mungkin nombor ekor kat belakang tu kot.