Friday, June 01, 2007

Utusan Malaysia yang dulu sudah lama mati!

Cis!

Emel dihantar kepada Utusan Malaysia, Utusan Malaysia kata diorang cuma ikut laporan Pusat Keselamatan Siber. Utusan kata:

Laporan kami berpandukan kepada kenyataan yang diberikan oleh CyberSecurity Malaysia, selaku “polis siber” Malaysia. Seperti mana kami memetik pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai jurucakap rasmi keselamatan di Malaysia, CyberSecurity Malaysia menjadi jurucakap rasmi keselamatan siber di Malaysia.

Emel dihantar kepada CyberSecurity. 2 kali. Tak balas. Kemudian call, dan pihak CyberSecurity cakap melalui telefon:

Kami hanya menerima laporan dari orang ramai. Laporan tersebut akan dihantar kepada pihak berkenaan seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, KDNHEP, PDRM dan sekiranya kami perlu bertindak (setelah disahkan oleh pihak berkuasa lain), kami akan bertindak. Kami tiada bidang kuasa untuk sahkan laman web tersebut menawarkan skim cepat kaya atau tidak.

So? Editor / wartawan Utusan Malaysia putar belit kenyataan Pusat Keselamatan Siber untuk buat berita sensasi? Bengong punya wartawan. Etika takde.

Don’t play play…

Dan satu lagi perkara pelik, kalau perkara tu masih dalam siasatan, kenapa Pusat Keselamatan Siber perlu sebarkan kepada wartawan? Wartawan Utusan Malaysia pulak tu. Ini satu lagi persoalan yang perlu dijawab sebab yang angkat telefon tadi bukannya orang paling atas.

Dulu Utusan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Fitnah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Antara kerja kotor lain terbaru diorang buat, mendahului Istana Perak dalam perkahwinan Raja Nazrin dan Zara Salim Davidson.

Jangan beli Utusan. Jangan baca website Utusan. Utusan hari ini bukan Utusan yang dulu yang membangkitkan kesedaran orang Melayu tentang pelbagai isu. Utusan Malaysia yang lama sudah lama mati. Noktah.


Entri ini dipetik daripada www.pakdi.net, berikutan kes utusan yang menyiarkan berita-berita palsu.


p?S: yang betul mungkin nombor ekor kat belakang tu kot.

2 comments:

Anonymous said...

wow.. sungguh berkesan ayat terakhir tu...sungguh disokong.. yeah..
kalau senang2 isytihar itu ini semua haram.. baik haramkan Magnum4D, Sport Toto tu yg dah memang terang2 haram...

p/s: bhg komen utk blog awak tiada "Captha"..saya nasihatkan awak setkan ia untuk mengelakkan SPAM yg bakal datang berduyun2 nanti.. nice blog..

Anonymous said...

Dulu , Utusan "Penyebar Lidah Melayu", sekarag, "Pengerat Lidah Melayu>"