Tuesday, June 19, 2007

Nota: Usahawan Bidang Training 1

Ramai kawan saya yang ingin menjadi usahawan bidang training. Tetapi masih ragu-ragu dan masih kabur akan apa yang perlu dibuat untuk berjaya dalam bidang ini. Ada yang sudah beberapa kali dipanggil oleh dua tiga buah sekolah, sudah rasa dirinya mampu dalam bidang ini. Malah ada yang hanya ikut-ikut sahaja, itupun sudah rasa terlalu yakin untuk menceburi bidang training ini.

Baru-baru ini saya sempat menghadiri satu kursus berkenaan bisnes training. Jadi, barulah saya jelas akan apa itu ceramah dan apa itu training. Ceramah dan training merupakan dua perkara yang berbeza. Pada entri kali ini saya ingin menjelaskan perbezaan antara ceramah dan training.

Bisnes Ceramah

Objektif ceramah adalah untuk memberi kesedaran(awareness) kepada orang yang menghadirinya. Secara analoginya bidang ceramah ini seperti pergi ke sebuah pertunjukan sarkas. Dalam pertunjukan sarkas, antara yang boleh dilihat adalah persembahan juggling daripada seorang badut. Tamat sahaja pertunjukan sarkas, jika kita disoal apa itu juggling kita sudah boleh menjawab juggling itu adalah melambung beberapa biji bola dan menyambut kembali secara berurutan. Tetapi jika kita disuruh untuk juggle bola, kita masih belum tentu boleh melakukannya.

Maksudnya, jika kita pergi ke mana-mana program ceramah, apa yang kita dapat adalah pengetahuan dan kesedaran. Jadi, akan wujudlah ayat-ayat ”Oh, itu rupanya belajar” atau “Ya, saya sudah tahu kepentingan untuk belajar” atau mungkin juga “Saya sudah tahu yang kita perlu belajar untuk berjaya”. Tapi skill untuk belajar itu masih belum tahu lagi.

Jika masih belum jelas lagi, contoh terbaik untuk bidang ceramah ini adalah Dr. Shukri Abdullah, Fadzillah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, dan HM Tuah.

Bisnes Training

Training pula bertujuan untuk memberi skill kepada yang menghadirinya. Contohnya seorang trainer membuat kelas belajar juggle bola dan kita menghadirinya untuk beberapa jam, satu hari dan mungkin dua hingga tiga hari. Dalam kelas tersebut akan diajar cara juggle bola dengan betul dan efektif. Keluar sahaja daripada bengkel tersebut, kita akan tahu apa itu juggling dan jika disuruh juggle kita sudah boleh melakukannya.

Apa yang diajar adalah skill dan akan timbullah ayat-ayat seperti “Saya sudah tahu bagaimana untuk menguruskan masa belajar” atau “Saya sudah tahu cara paling efektif untuk mengawal emosi jika stress belajar”

Inilah beberapa perbezaan antara ceramah dan training. Mana yang lebih baik tidak dapat dijelaskan kerana setiap daripadanya ada kebaikan dan kelemahan masing-masing.

Bilangan peserta untuk satu ceramah boleh mencapai bilangan yang besar dan tidak terhad. Tetapi bilangan peserta untuk bidang training tidak boleh terlalu ramai dan tidak boleh terlalu sedikit. Pakar mengatakan jumlah terbaik adalah sekitar 30 orang peserta sahaja untuk satu bengkel training. Dan itulah jumlah yang paling optimum dan paling efektif untuk mengadakan kelas mahupun kursus motivasi.

Untuk entri akan datang, saya akan menulis pula nota seterusnya tentang bagaimana untuk crack market dalam bidang training ini. Jangan tidak percaya jika saya katakan walaupun untuk yang baru bermula dalam bidang ini, dia sudah boleh mendapat bayaran RM2,000 untuk satu sesi training dalam masa hanya 8 jam sahaja.


Sumber daripada Puan Ainon Mohd.

5 comments:

Anonymous said...

Salam sdr Azree...
Benarkah training boleh dijadikan satu perniagaan?Boleh jadi usahawan ya? Jika boleh, menarik tajuk ini untuk buku Siri Mula Bisnes tetapi saya perlu lihat proposalnya dahulu berkenaan apa yang hendak disentuh. Jika benar boleh dijadikan satu perniagaan, mungkin tajuk ini boleh dijadikan panduan kepada mereka yang ingin membuka perniagaan training.

Azree MH said...

Salam juga buat Cik Rozita.
Ini semua hasil daripada bengkel bersama Puan Ainon. Boleh juga untuk dijadikan buku. Nanti saya tuliskan proposalnya.

P/S: Mana tahu lepas ini saya boleh jadi trainer untuk orang yang ingin jadi trainer.

Zamri Mohamad said...

Bagus

Buku Membuka Training bisnes,

Saya sudah jumpa banyakkkkk bahan-bahannya dua hari lalu :D

www.akademistreetsmart101.wordpress.com

Azree MH said...

Eh. Saudara Zamri. Jom tulis bersama. Hehe.

Zamri Mohamad said...

Bisa-bisa, huhuhu :D