Saturday, May 26, 2007

Rumah Cendawan

Hari ini saya berkesempatan mengikuti salah satu program melawat ke tempat perusahaan cendawan di Seelong, Kempas. Program ini telah dianjurkan oleh komuniti BJ. Banyak manfaat yang saya dapat daripada kunjungan setengah hari ini. Walaupun masanya singkat tetapi apa yang diperolehi amat berharga sekali.

Seramai 12 orang ahli komuniti yang hadir pada perjumpaan kali ini dan saya yang paling muda antara mereka semua(Hehe. Jangan marah). Kami berkumpul di Warung Sonto yang dimiliki oleh abang ipar Encik Azmi pada pukul 11 pagi. Warung Sonto ini memang terkenal di sekitar daerah Johor Bahru dengan menu cendawannya. Walaupun hanya sekadar warung kecil sahaja tetapi sudah terkenal hingga ke Singapura.

Tempat perusahaan cendawan ini dimiliki oleh Encik R. Azmi yang baru berumur dalam 42 tahun. Tetapi sudah memiliki asset yang begitu besar iaitu perusahaannya ini yang memberikan pulangan lumayan.

Sepanjang perbualan kami bersama beliau, banyak perkara yang ingin beliau kongsi bersama kami yang kebanyakkannya adalah bakal pengusaha cendawan. Termasuklah apabila beliau menceritakan pengalaman beliau dalam bidang perusahaan cendawan ini selama 21 tahun. Cabaran demi cabaran telah beliau lalui barulah beliau berjaya seperti sekarang. Saya akan menulis kisah beliau dalam blog ww.studiomuslim.wordpress.com

Bayangkan warung kepunyaan abangnya itu boleh memberikan pulangan sebanyak RM3000 sehari dan keuntungan bersihnya adalah RM600 sehari! Itu baru satu warung kecil. Dan Encik Azmi ini merupakan seorang yang berfikiran jauh. Dia tidak memikirkan kekayaan dalam tempoh yang singkat. Jadi, selain perusahaan cendawan dia juga menternak lembu yang jumlahnya telah mencapai lebih 100 ekor. Bayangkan bagaimana beliau boleh menguruskan perniagaannya dengan begitu baik sekali.

P/s: Kalau ingin tahu kisah hidup beliau bolehlah membacanya di blog www.studiomuslim.wordpress.com

Thursday, May 24, 2007

The Pursuit Of Happyness

Baru semalam saya sempat menonton filem ini. Tapi rasanya tidak rugi walau lambat menontonnya kerana ada banyak perkara yang dapat saya belajar daripada filem ini.

Manusia mempunyai pilihan untuk maju ke hadapan, kekal di takuk lama dan mundur ke belakang. Cuma ramai yang memilih untuk kekal di takuk lama kerana takut mengambil risiko untuk maju ke hadapan. Ya, memang anda akan katakan, “Semestinya saya ingin terus maju ke hadapan.” Tetapi adakah anda boleh membuktikannya?

Filem ini memberikan gambaran jelas tentang mengambil risiko untuk terus maju ke hadapan. Ia mengisahkan tentang Chris Gardner seorang yang telah membuat kesilapan besar apabila dia telah memborong satu alat ‘bone density scanner’ untuk dijual kepada doktor atau hospital yang memerlukan alat tersebut. Tetapi kesilapannya, alat itu tidak mempunyai permintaan di samping harganya yang terlalu tinggi.

Kemudian dia menghadapi banyak masalah apabila isterinya pergi meninggalkannya. Hinggakan ada waktu dia sampai terpaksa tidur di dalam tandas bersama anak lelakinya yang baru berusia 5 tahun. Tetapi Chris Gardner memang seorang yang tidak putus asa. “Apabila anda sudah nampak impian anda, teruslah mengejarnya.”

Banyak perkara yang boleh dipelajarinya daripada filem ini.

1) Apabila anda nampak satu peluang untuk anda maju ke hadapan, Dapatkannya sampai boleh.

Dalam satu babak awal filem itu, ada sebuah kereta sport berhenti di hadapan Chris Gardner, lalu dia tanpa rasa malu bertanya kepada lelaki yang menaiki kereta tersebut, “Man I got two question for you:

a) What do you do?

b) And how do you do it?

Apabila Chris Gardner mendapat sahaja jawapan yang ringkas daripada lelaki tersebut yang merupakan seorang broker saham, terus dia memasang impian untuk menjadi seorang broker saham juga.

2) Cari pasangan hidup yang betul-betul faham impian anda dan memang betul-betul sanggup menghadapi kesusahan bersama anda.

Dalam filem ini, sampai satu tahap yang mereka sekeluarga menghadapi masalah kewangan yang teruk, kemudian Chris Gardner ini pula dalam masa itu boleh berkata kepada isterinya yang dia ingin jadi seorang broker saham. Lalu isterinya mengambil keputusan untuk meninggalkannya kerana memikirkan yang Chris Gardner betul-betul tidak bertanggungjawab. Sudahlah miskin, ada cita-cita hendak jadi broker saham.

3) Apabila anda mempunyai impian, jangan biarkan orang lain katakan anda tidak akan mencapainya.

Itulah yang dia alami apabila isterinya menidakkan impian dia untuk mejadi broker saham. Dalam satu babak dalam filem ini, dia telah berkata kepada anak kecilnya,

Hey… Don’t ever let somebody tell you that you can’t do something. Not even me. You got a dream you’ve got to protect it. People can’t do something themselves they wanna tell you that you can’t do it. If you want something, go get it. Period!”

4) Kalau anda rasa andalah orang yang paling susah, fikirkan masih ramai lagi yang lagi susah daripada anda.

Chris Gardner ini sebenarnya memang terlalu susah hidupnya, hutang keliling pinggang. Sebab itu isterinya tidak sanggup tinggal dengannya. Tetapi dia tetap ingin menjaga anak kecilnya itu walaupun isterinya telah berkali-kali meminta hak penjagaan anak tersebut daripadanya. Dia tidak mengendahkan soal dia tidak mampu menyara anak tersebut. Apa yang dia tahu ada keluarga lain yang lebih susah daripada dia.

Kalau anda masih belum terpaksa tidur di dalam tandas, pastinya hidup anda patut lagi baik daripada Chris Gardner sekiranya kita terus ingin maju ke hadapan. Dan sekarang Chris Gardner telah memiliki syarikat broker sahamnya yang sendiri, Gardner Rich & Co. Terlalu banyak lagi perkara yang boleh dipelajari daripada filem ini. Pastikan anda tidak terlepas peluang menontonnya.

Monday, May 21, 2007

Naik Gaji dan Inflasi

Baru tadi saya menonton berita tentang kenaikan gaji. Nampak semua orang seronok dengan berita itu. Tetapi apa yang pasti musuh utama kewangan juga turut naik juga nanti iaitu inflasi.

Sejak dari kecil saya dengar perkataan inflasi. Nampak macam satu kalimah yang positif. Mungkin dulu masa saya kecil saya memang tidak faham apa maksud inflasi. Tetapi sebenarnya impaknya terhadap kewangan terlalu besar. Saya akan cuba berikan satu cara mudah untuk faham apa itu inflasi.

Mengikut kamus DBP, maksud inflasi ialah 'keadaan harga barang bertambah tinggi disebabkan bertambahnya kuasa membeli'. Fahamkah? Mungkin faham tetapi masih belum nampak. Begini contohnya, 10 tahun yang dulu harga sebungkus nasi lemak hanya RM0.50(1997) sahaja tetapi sekarangsudah naik, paling murah pun RM2.00(2007) sebungkus. Itulah maksud sebenar inflasi. Betapa kita tidak sedar disebabkan harganya naik perlahan-lahan. Itulah sebabnya dulu sibuk kerajaan membuat kempen 'Inflasi Sifar'. Tapi sekarang sudah senyap begitu sahaja. Masalahnya kenapa inflasi naik memang sukar dijawab. Pakar ekonomi pun tidak mampu menghuraikan bagaimana kadar inflasi boleh meningkat.

Kalau dulu kerajaan kata kadar inflasi negara kita hanya 4% setahun. Tapi sebenarnya kadar inflasi negara kita adalah 8% setahun! Cuba tengok kadar naik harga nasi lemak sudah memadai. Kenaikan harga hampir 10% setahun. Kita tak sedar. Sebab kita hanya membeli.

Apa pula kaitannya dengan isu kenaikan gaji? Isunya senang sahaja. Saya tengok masalah sebenar tidak cukup duit ini sebenarnya bukanlah masalah gaji rendah tetapi dari segi perancangan kewangan tiada. Semakin naik gaji, semakin tinggilah keinginan untuk membeli barang(maklumlah dulu gaji sikit, tak dapat merasa beli itu, beli ini). Semakin tinggi permintaan untuk sesuatu barang maka semakin peniaga mahu naikkan barang. Kenapa? Sebab permintaan meningkat tapi jumlah barangnya macam dulu juga(baca=terhad). Jadi, harga terpaksa dinaikkan. Apabila harga dinaikkan, kadar inflasi memang tidak akan menurun sebaliknya meningkat. Yang kaya adalah peniaga, yang tertipu adalah pembeli.

Jadi, apa faedahnya kenaikan gaji. Sama macam dapat RM200 tapi ditambah -RM300. 200+(-300)=-100. Apa faedahnya gaji naik? Hurm. Mungkin sebab inilah kempen inflasi sifar senyap.

Cara download The Secret

Nampaknya ramai juga yang berminat hendak menonton filem dokumentari ‘The Secret’. Saya nasihatkan lebih baik download sahaja di internet kerana menurut kata kawan saya, belum keluar lagi Malaysia. Hurm. Perkara baik dan ilmu ini memang lambat keluar di Malaysia. Semua hendak berhibur sahaja.

Jadi, pada entri kali ini saya ingin menerangkan step by step bagaimana cara hendak download di internet. Pertama sekali anda mestilah ada software yang berikut:

1) Ares - http://www.download.com/3001-2196_4-10661934.html

2) Torrent - http://www.download.com/3001-2196_4-10661934.html

Tapi saranan saya lebih baik anda download Ares sahaja kerana Ares juga boleh download fail-fail torrent. Jadi, baik anda download Ares sahaja dulu. Kemudian install Ares itu di komputer anda.

Kedua, kalau anda pakai Ares, ada disediakan tempat untuk search fail yang anda ingin download. Taip sahaja tajuk ‘The Secret Law of Attraction’. Nanti ia akan carikan untuk anda mengikut keyword itu. Anda hanya perlu pilih sahaja fail yang anda rasa, “Mungkin inilah failnya.” Hehe.

Kalau guna torrent pula, anda kena cari fail torrentnya di internet. Search di Yahoo atau google dengan menaip keyword ‘torrent The Secret Law of Attraction’. Kemudian download file torrent itu dan bukanya menggunakan Ares. Itu sahaja.

Anda tidak perlu tunggu di depan komputer sampai fail itu habis didownload. Kalau mahu off kan komputer pun boleh kerana ia akan sambung download sendiri sebaik sahaja komputer itu dibuka semula.

Friday, May 18, 2007

Bicarajutawan dipantau?

Saya sedikit tergelak besar bila membaca utusan hari ini. Tajuknya adalah tentang 37 laman web skim cepat kaya. Tapi yang dihighlightkan ada dua laman web yang saya juga selalu melayarinya; www.bicarajutawan.com dan www.wangcyber.com. Dua laman web ini bukanlah web skim cepat kaya tetapi adalah website untuk berforum. Membincangkan isu-isu berkaitan usahawan, contohnya usahawan asas tani, retailing, francais, hartanah dan macam-macam lagi.Saya sendiri pernah ikut program yang dianjurkan oleh www.bicarajutawan.com ke rumah salah seorang ahlinya yang sedang bergiat dalam industri asas tani. Dan ramai lagi ahli forum tersebut yang telah ada perniagaan sendiri. Kiranya forum tersebut bukannya mengajar melabur di skim cepat kaya tetapi belajar bagaimana hendak manage kewangan sendiri.

Inilah apa yang dikatakan hanya mendengar pendapat orang lain. Tidak salah kalau hanya hendak pantau tetapi sekarang berita yang dikeluarkan akhbar itu telah sedikit memburukkan nama website tersebut. Kenapa tidak ditulis website seperti Remno, Em-pay, e-gold dan lain-lain lagi yang pasti HARAM!

Inilah coretan akhbar tersebut. Antara bengang dan bangang(Jarang saya nak gunakan perkataan kasar. Tapi untuk mereka ini memang perlu agaknya).

37 laman web skim cepat kaya dipantau

KUALA LUMPUR 17 Mei – Pusat Keselamatan Siber Malaysia mengenal pasti 37 laman web yang dipercayai menawarkan aktiviti pelaburan skim cepat kaya melalui Internet berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai dalam tempoh dua tahun lalu.

Antara laman web yang menawarkan pelaburan mencurigakan ialah www.carigold.com, www.cakapgold.com, www.jutawan.org, www.jomklik.com, www. gurumalaysia.com, www. wangcyber.com, e-bazaar2u. com dan www.bicarajutawan. com.

Pemangku Pegawai Ketua Eksekutif pusat itu, Leftenan Kolonel (B) Husin Jazri berkata, orang ramai mudah tertarik dengan laman-laman web itu kerana ia kononnya menjanjikan pulangan lumayan dalam jangka masa singkat.

“Laman web skim pelaburan itu mendapat sambutan ekoran sikap para pelabur sendiri yang mudah terpedaya dengan tawaran dan janji manis yang tanpa disedari sebenarnya satu penipuan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya bagaimana badan itu mengesan status sesebuah laman web itu sama ada ia mencurigakan atau tidak, Husin menjelaskan, pihaknya sentiasa membuat penyelidikan dan siasatan secara menyeluruh terhadap setiap aduan yang diterima.

Ujar beliau, skim cepat kaya menerusi Internet biasanya didalangi orang tempatan namun kebanyakan laman web yang menawarkan pelaburan itu menggunakan hos di luar negara.

“Orang yang ingin menipu sentiasa ada di mana-mana saja tidak kira ia dilakukan oleh rakyat tempatan atau orang asing,” ujarnya.

Menurutnya, Pusat Keselamatan Siber Malaysia bekerjasama dengan kerajaan dalam menguatkuasakan undang undang yang lebih berkesan.

Husin menambah, dalang skim cepat kaya Internet yang berjaya dikesan akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak terlalu tamak dan mudah terpedaya dengan skim-skim pelaburan di Internet.

“Jangan sekali-kali melabur dalam skim cepat kaya Internet. Orang ramai perlu bekerjasama dengan Pusat Keselamatan Siber Malaysia untuk membanteras kegiatan haram ini.

“Kalau betul-betul minat ingin melabur, orang ramai boleh mendapatkan pengesahan daripada pihak kami sama ada laman web berkenaan sah atau tidak sebelum membuat keputusan,” katanya.

Orang ramai boleh membuat laporan berhubung laman-laman web yang mencurigakan dengan menghubungi Bahagian MyCERT di Pusat Keselamatan Siber Malaysia melalui talian 03-8992 6969 atau mengirim e-mel kepada cyber999@cybersecurity.org.my.

Thursday, May 17, 2007

Telefon

Cover depan majalah sekolah yang saya design masa tingkatan 5 dahulu.

Saya tidak pasti apa kenanya dengan saya waktu cuti ini. Semakin malas hendak buka handphone. Biasa kalau waktu siang itu memang agak jarang saya pergi melihat handphone saya - letak di bilik sahaja. Kalau saya pegang pun mungkin waktu tengah malam masa dah hendak tidur. Handphone saya pun sudah agak berusia kerana saya mengambilnya daripada abah saya. Dan memang sudah sedikit rosak handphone itu. Jadi minta maaf banyak-banyak kepada beberapa orang yang hendak telefon saya.

Wednesday, May 16, 2007


Baru sebentar tadi saya menonton filem dokumentari ‘The Secret’. Sebuah dokumentari hebat bagi saya yang berjaya membuka minda tentang apa dia rahsia orang-orang hebat di dunia ini. Filem ini adalah seperti satu hasil kajian atas pemerhatian yang di buat atas
orang-orang yang telah berjaya terdahulunya seperti Plato, Shakespeare, Newton, Hugo, Beethoven, Lincoln, Emerson, Edison, Einstien dan lain-lain lagi.

“The secret is The Law of Attraction.”

Apa sahaja yang datang dalam hidup kita adalah kerana kita yang menariknya ke dalam hidup kita. Agak susah sebenarnya untuk saya menerangkan dalam Bahasa Melayu kerana dokumentari itu adalah dalam Bahasa Inggeris dan saya memahaminya juga dalam Bahasa Inggeris. Tetapi akan saya huraikan apa yang penting daripada dokumentari itu.

Kita ambil ayat tadi, “Apa yang hadir ke dalam hidup kita adalah kerana kita sendiri yang memilihnya/menariknya ke dalam hidup kita.” Ia dijelaskan dengan konsep apa yang kita gambarkan dalam minda kita itulah yang akan berlaku. Semuanya bermula dengan apa yang kita fikirkan. Kalau kita fikirkan positif, maka positiflah yang akan hadir. Itulah yang dimaksudkan dengan daya tarikan melalui apa yang berada di minda. Tugas kita untuk berjaya adalah dengan memasang angan-angan.



Mungkin nampak macam biasa sahaja perkara ini sebab selalu disebut-sebut oleh motivator/penceramah. Tapi yang membuatkan filem dokumentari ini menarik, ia dijelaskan lagi melalui lakonan serta beberapa analogi dan beberapa pendapat daripada tokoh-tokoh hebat. Memang dokumentari ini membuatkan saya makin faham apa yang dimaksudkan dengan ‘visualize’. Konsepnya memang nampak mudah tetapi berapa ramai sahaja yang menyedarinya walaupun mereka pernah melakukannya.

Saya ambil satu kisah seorang tokoh yang turut serta dalam dokumentari ini, Jack Canfield. Mungkin ramai yang pernah membaca buku ’Chicken Soup for The Soul’. Itulah buku pertama yang ditulis oleh Jack Canfield. Kisahnya begini. Jack Canfield ini pada awalnya gaji tahunannya sangatlah rendah iaitu hanya $8,000 setahun. Jadi, pada suatu hari dia telah bertanya kepada diri dia, “Bagaimana aku boleh dapatkan gaji $100,000 setahun?”

Pada ketika itu dia masih belum mempunyai apa-apa idea untuk mendapatkan $100,000. tapi, dia katakan pada diri dia, “Aku mesti buktikan aku boleh dapat duit sebanyak tu. Dan aku akan berlakon seolah-olah saya telah ada $100,000.” Itulah langkah pertama yang diajar dalam The Secret, bayangkan dan rasakan seolah-olah anda telah pun ada apa yang anda inginkan. “You must feel it to attract it”

Selepas empat minggu dia jadi macam orang gila asyik sebut-sebut ‘$100,000’. Huhu. Akhirnya idea itu timbul, “Kalaulah aku boleh jual 400,000 buku aku, aku boleh dapat $100,000.” Kemudian dia pun tulislah buku Chicken Soup for Soul. Tapi masa itu buku tu tak meletup lagi. Dia kemudian berangan lagi, “Kalaulah buku aku ini ditulis resensinya dalam majalah National Enquiri, pasti akan ada 400,000 orang yang tahu tentang buku aku dan barulah ramai yang beli”. Sambil berangan dia membayangkan yang resensi bukunya betul-betul sudah ditulis di dalam majalah tersebut.

Kemudian timbul pula idea untuk memberi ceramah-ceramah ke majlis-majlis. Sehinggakan salah seorang yang hadir dalam ceramah dia adalah seorang penulis artikel untuk sebuah majalah National Enquiri itu. Begitulah yang berlaku dan akhirnya resensi bukunya telah ditulis di dalam majalah National Enquiri itu. Akhirnya memang dia berjaya mendapatkan cek pertamanya yang berjumlah $100,000. Apa yang diperlukan hanyalah angan-angan dan dengan angan-angan itulah ia akan membawa apa-apa yang diperlukan untuk mencapainya.

Antara analogi lain yang diberikan dalam dokumentari ini adalah kisah Aladdin dengan lampu ajaib. Selepas Aladdin menggosok lampu ajaibnya, maka akan keluarlah satu jin yang besar. Dan kemudian jin itu bertanya apa yang dihajatinya sambil berkata, “Your wish is my command.” Itulah yang patut kita lakukan setiap kali mengingini sesuatu. Mintalah pada Tuhan. Setiap apa yang diminta dengan betul-betul pasti akan dikabulkan.

Kata-kata yang suka diulang dengar dalam filem ini:

-things become thoughts-
-your wish is my command-
-what do you really want-
-its like having a universe as a catalogue!-
-the more you use it,the more you understand it-

Monday, May 14, 2007

Tip Guna Kad Kredit

Kini saya lihat kad kredit telah dipromosikan secara meluas. Slogannya ialah ’Gaya Hidup Mewah!”. Iklan-iklan di televisyen tidak kurang hebatnya beberapa ketika dahulu – memaparkan sepasang kekasih makan malam di restoran mewah, melancong dan macam-macam lagi. Tapi di sebalik slogan itu sebenarnya terdapat objektif yang disembunyikan – BERHUTANG Sebagai Gaya Hidup Moden, Tak Lama Lagi Muflis!

Promosi besar-besaran dan habis-habisan ini saya lihat sehingga berjaya menukar pandangan pengguna bahawa kad kredit adalah kad debit. Itu adalah salah satu kenyataan yang salah sama sekali. Kad kredit bukanlah kad debit. Dah namanya pun kad kredit, maksudnya kita sentiasa BERHUTANG.

Kadang-kadang orang-orang muda yang baru bekerja ini perasan yang gaji mereka mencukupi expenses bulanan mereka(Mungkinlah kot). Banyak dorongan agar mereka ini perlu kelihatan anggun dan bergaya selaras kerjaya yang disandang. Kerana terlena dan perasan dengan pujian tersebut, maka berlumba-lumbalah wanita dan lelaki ini membeli-belah barangan berjenama yang bukan murah harganya dan yang pasti mereka membeli dengan kad kredit.

Bayangkanlah kasut, baju, seluar dan apa-apa sahajalah aksesori yang dibeli itu buannya murah. Selalunya beribu-ribu juga. Gaji mereka pula bukanlah untuk bayar aksesori itu sahaja, makanan perlu dijaga, duit loan kereta perlu dibayar yang setiap bulan RM700++, loan rumah pun tak settle lagi(Inipun pasti RM700++). Akhirnya tiada satu pun duit dalam simpanan dan hutang kad kredit tidak dibayar.

Kalaulah kad kredit kita panggil ‘BERHUTANG Dengan Ah Long’, pasti amat sedikit yang menggunakan kad kredit. Tahu kenapa saya katakan kad kredit ini lebih kurang je dengan Ah Long itu? Pertama, kita kena fahami interest kad kredit ini dahulu. Interest untuk kad kredit adalah 15-25 % setahun. Lebih tinggi daripada loan kereta, loan perumahan dan mana-mana loan yang lain. Rendah sedikit sahaja daripada Ah Long punya interest. Dengan kata lain, inilah riba yang amat jelas membebankan dan menindas.

Tak salah guna kad kredit kalau pandai disiplinkan diri bayar penuh setiap bulan. Biasa tempoh percuma daripada sebarang interest adalah 30 hari. Tapi kalau dah belanja lebih daripada keperluan itu, bayangkanlah bagaimana susahnya nak jelaskan hutang yang tertangguh. Makin tangguh makin banyaklah yang perlu dibayar. Di sini ada beberapa tips untuk menggunakan kad kredit yang saya peroleh daripada seorang kawan:

1) Bayar Penuh

Bila dah pakai RM1000 untuk bulan itu, silalah bayar RM1000 juga. Jangan bayar minima atau kurang daripada RM1000 sebab anda tidak akan rasa hutang itu meningkat. Tunggu setahun sahaja, kalau bayar minima anda akan terperangkap hutang.

2) Jangan ambil cash advanced

Interest rate dikira pada baki yang anda tidak bayar sahaja. Kalau anda bayar penuh dalam masa yang ditetapkan, anda tidak perlu bayar pun interest. Tapi cash advance dikira pada semua cash yang anda ambil, bermula dari tarikh anda withdraw, sampai tarikh anda bayar. Ini ramai tidak tau. Cash advance adalah pembunuh paling kejam yang sebenar!

3) Bayar yuran tahunan guna point

Bila dah dapat points itu, jangan la pi pakai buat tebus teddy bear. Simpan untuk bayar yuran tahunan kad kredit itu. Jadi, anda pakai facilities kad kredit secara percuma.

4) Pakai satu saja

Ada org suka pakai sampai berbelas-belas kad. Dia ingat dia pandai, tapi sebenarnya dia tak pandai. Maksimum pakai dua saja – satu Visa, satu Mastercard.

5) Jaga kad elok-elok

Kalau dah ada kad kredit, simpan elok-elok. Kalau tiba-tiba kad hilang, terus telefon customer service secepat mungkin. Kalau anda hilang kad pukul dua tapi telefon pukul lima dan dalam masa tiga jam itu telah ada orang gunakan kad anda, maka andalah yang kena bayar.

6) Boleh pakai di internet

Jangan takut, walaupun banyak fraud, sebenarnya credit card company tidak boleh nak detect pun (buat masa ni lah). Jadi, selalunya kalau ada internet fraud pada kad anda, dia akan cancelkan kad. Selalunya anda memang tidak perlu bayar. Yang rugi ialah kedai yang mana kredit kad itu digunakan.

7) Pakai installment bila perlu

Kadang-kadang kita hendak beli benda installment contohnya Peti Ais tetapi katakan Aeon punya interest rate tinggi. Boleh la pakai kad sebab ada kad yang boleh bagi installment tanpa interest atau interest rendah. Tapi pastikan bayar secepat mungkin.


p/s: Sekarang sudah ada Islamic Charge Card, tiada sebarang interest dikenakan. Tapi kena bayar penuh setiap bulan. Tidak boleh ada baki langsung yang tidak dibayar, jadi tiada unsur riba di dalam penggunaan Islamic Charge Card. Cuma yang perlu dibayar adalah kos pengurusan kad.

Sunday, May 13, 2007

Semua Pada Kek Lobak Merah


Di dapur, senduk kayu, penapis

tepung, ketuhar mikro, loyang,

cangkir, alat pemukul bancuhan,

empat biji telur, tiga lobak merah,


Letih sudah ku tunggu semuanya

Tetap itu yang ku pilih


(Inilah puasa panjang syahwatku,

aku berdoa tulus, temu di pelamin)


Azree MH


P/s: Memang sengaja ku pilih simbol-simbol yang bersifat peribadi, biar kamu semua tidak faham. Hehe.

Wednesday, May 09, 2007

Kaya atau sekadar 'kaya'?


Baru pagi tadi saya baca akhbar Berita Harian dan terlihat sejulah besar lagi nama-nama orang Melayu yang disenaraikan oleh pihak insolvensi sebagai bankrap. Apa puncanya tidak pula diberitahu. Tapi yang pasti adalah kerana berbelanja melebihi kemampuan.

Selalu kita lihat jurutera, doktor, peguam, eksekutif syarikat ataupun sesiapa sahaja yang berjawatan tinggi atau lebih senang saya takrifkan sebagai bergaji besar kebiasaannya hidup mereka bermewah-mewah. Itu apa yang kita lihat dan mungkin juga mereka rasa mereka sudah cukup kaya(baca=mewah). Kadang-kadang kita yang muda ini tidak terfikir yang kita sudah berbelanja melebihi kemampuan tetapi itulah hakikatnya.

Saya cuba ambil contoh gaji seorang jurutera muda yang baru tamat belajar. Andaikan gaji dia sebanyak RM2000(selalunya lagi rendah daripada ini) untuk sebulan. Kita cuba buat kira-kira expenses untuk jurutera muda ini selama sebulan. Ini sekadar contoh paling minimum.

* Gaji bulanan, RM2,000

* Sewa rumah, RM200 (andai berkongsi rumah dengan rakan).

* Ansuran kereta, RM400 (Ini baru untuk kereta yang murah seperti Proton. Kalau mahal harga keretanya macam Mercedes atau BMW, maka ansuran bulanannya mungkin RM900).

* Duit minyak dan tol, RM350 (anggaran perjalanan pergi dan balik kerja, tidak termasuk perjalanan lain).

* Makan dan minum RM500 (hanya tanggung makan sendiri dan tidak termasuk belanja rakan dan teman wanita atau belanja keluarga, kebiasaannya jarang belanja keluarga kerana belanja diri sendiripun terlepas).

* Sosial dan riadah, RM300 (urusan sosial bersama rakan dan hal peribadi, meraikan hari jadi rakan, tonton wayang, hari kasih sayanglah dan pelbagai aktiviti rehat minda bagi orang-orang muda, kononnya).

* Bayar bil, RM300 (bil api, air, telefon, bil pelbagai. Biasanya bil telefon sahaja sudah RM100++).

* Bayar kredit barangan RM300 (hutang set hi-fi, TV, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai barangan elektrik).

* Barangan peribadi, RM200 (barangan kesihatan dan kecantikan, pakaian, kasut, aksesori diri bagi wanita, aksesori kereta dan pelbagai barangan kesukaan diri sendiri).

* Hal-hal kecemasan, RM100 (sakit, beri pinjam kawan, kereta rosak dan sebagainya).

* Simpanan RM100 (kerana memikirkan hendak kahwin, simpan sedikit, lama-lama jadi bukit).

Cuba kira balik berapa banyak duit yang tinggal.

RM 2000 – RM 2750 = -RM750

Ini baru yang paling minima kawan. Cubalah bayangkan jika peguam tersebut mengamalkan gaya hidup mewah yang langsung tidak sepadan dengan gaji bulanan yang diterima. Berapalah agaknya kekurangan gaji yang perlu mereka hadapi setiap bulan. Itu tidak lagi termasuk jika kita mempersoalkan duit yang perlu diberi kepada ibu bapa yang tidak berhenti-henti berdoa agar anak mereka mampu menghantar wang untuk membantu meringgankan perbelanjaan keluarga.

Fikir-fikirkanlah sendiri kalau dah pakai kad kredit sudah tentu lagi banyak hutang kena bayar. Kadang-kadang kita selalu berangan hendak ada kereta besar bila dah ada jawatan tinggi-tinggi macam peguam dan sebagainya akhirnya kita mengabaikan pengurusan kewangan. Saya lebih suka tengok anak muda yang bergiat dalam usahawan asas tani yang berjimat-cermat walaupun sebenarnya duit poket mereka mencecah sampai berbelas ribu sebulan. Cuba contohi lelaki ke-10 terkaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, yang hidupnya bersederhana. Walaupun kaya(Asetnya mencecah RM3.67b) tetapi dia hanya memakai kereta Proton Perdana sahaja.

Entri seterusnya akan saya tunjukkan betapa kad kredit ini adalah ‘Ah Long’ secara senyap

Tuesday, May 08, 2007


"Jutawan tidak terhasil dengan hanya bergaji besar tetapi sejauh mana anda bijak mengawal kewangan anda."

Belajarlah mengawal kewangan dari sekarang!

Friday, May 04, 2007

PEMBALAK HARAM!

Berita di Buletin Utama TV3 semalam sedikit menggembirakan hati saya. Sebenarnya saya sudah lama ingin post entri tentang perkara ini, saya senyapkan dahulu. Tapi bila dah keluar di TV3, bermakna memang betullah apa yang saya lihat adalah PEMBALAKAN HARAM! Cuma kerajaan tak nak buat apa-apa walaupun sudah diberitahu penduduk setempat.

Hal ini pun berlaku semasa saya pergi ke PJKN yang lalu. Cuma pada waktu ini kami tinggal bersama keluarga angkat di Felda Mempaga 2. Ini saya tunjukkan gambar-gambarnya sahaja.

Nabil keletihan sewaktu mula bertolak ke dalam Hutan Simpan Kekal Kelah.

Inilah check point pertama kami tempat PEMBALAKAN HARAM!

Terjumpa tempayan lama tinggalan 'Kampung Yang Hilang'. Sebenarnya kawasan pembalakan ini dulunya adalah sebuah kampung yang telah lama ditinggalkan.
JOM serbu!!! Kita lanyak-lanyak mesin depa.



Ini baru sedikit kawan. Cuba tengok gambar bawah ini pula.

Kami sedang berusaha menemukan kembali kubur yang telah dilenyek oleh jentera-jentera PEMBALAK HARAM! Dan memang kami telah berjalan di atas kubur. Sebab PEMBALAK HARAM ini telah membuat jalan balak-balak mereka di kawasan kubur. Jadi ada kubur yang telah ditolak ke tepi begitu sahaja oleh PEMBALAK HARAM ini!


Ini kubur yang kami jumpa. Kira yang ini paling elok sekali. Kubur yang lain semua telah ditolak tepi. Dikambus mungkin oleh PEMBALAK HARAM itu!



Kubur yang inilah yang keluar di TV3 semalam.

Setakat ini dahulu gambar-gambar yang saya letakkan. Bagaimanakah keadilan boleh ditegakkan di Malaysia jika ini yang kerajaan diamkan sehingga hendak dipanggil TV3 baru nak buat? Apa lagi yang dapat difahami daripada fakta yang jelas ini?

(Duhai Tuhan, terbangkanlah segala kepalsuan ini)

Wednesday, May 02, 2007

Sewaktu Aku Di UIA

Ini satu lagi kisah benar. Betul-betul berlaku depan mata aku sendiri! Memang tidak tipu. Ia adalah mengenai pelaburan internet. Bila dengar ayatnya macam dah masuk selangkah ke dunia saham tetapi sebenarnya bukan dan pelaburan internet dengan pelaburan saham memang jauh berbeza sama sekali. Ini kisah benar, harap anda dapat baca dengan teliti.

Aku pergi singgah ke bilik kawan. Biliknya hanya satu tingkat atas daripada bilikku yang berada di aras tiga. Sampai sahaja aku di sana, sedang berbual-bual dengan temanku itu tiba-tiba datang seorang lelaki berkopiah masuk. Memang aku sendiri kenal lelaki itu(Malas nak sebut). Alim juga orangnya, selalu pergi ke masjid dan ilmu agamanya juga memang tinggi. Dia duduk betul-betul berdepan dengan kami dan dia juga memang kenal dengan temanku yang tadi.

“Ni ana ada bawa artikel yang enta nak tengok sangat hari tu. Kita melabur ni untuk masa depan kita juga dan tak susah pun sebenarnya. Tak perlu cari orang bawah dan tak perlu susah payah jual barang. Cuma melabur je duit tu,” ujar lelaki tersebut mengganggu sedikit perbualan kami. Dan topik perbualanku dengan temanku yang tadi terhenti.

“Betul ke boleh dapat untung melabur ni?” Soal temanku itu sambil membaca artikel yang dibawa oleh lelaki tersebut.

“Ana dah 2 bulan join dan duit memang masuk je tiap bulan. Sebulan dia bagi pulangan 10%. Banyak tu. Contohnya enta melabur RM 80. nanti dapat RM8 setiap bulan. Tu baru melabur sedikit. Cuba kalau melabur RM500 ke tentu lagi besar pulangannya,” Terang lelaki tersebut bersungguh-sungguh.

“Ha, Azree. Nak join sekali tak?” Soal temanku itu kepadaku yang sedari tadi duduk melihat saja.

“Hehe. Malas aku nak terlibat. Tak nampak lagi faedahnya,” aku cuba menyelamatkan diri daripada diajak lagi. Memang perkara yang tidak dikaji dulu lebih baik jangan masuk.

“Adeh. Kan ana dah bagitahu banyak faedah tadi, Azree.” Keluh temanku yang tadi. Tapi keluhannya sampai di situ sahaja sebab dia tahu perangaiku yang memang tetap pada pendirian.

Kemudian, lelaki tersebut menerangkan tentang sistem matrix yang digunakan oleh pelaburan itu dengan penuh panjang lebar.

”Ah, tak pernah pun aku dengar ada sistem matrix dalam pelaburan.” getusku dalam hati.

“Tak apalah, nanti ana bagitahu enta lain kali. Tengah takde duit ni nak join REMNO ni.” Tiba-tiba temanku yang tadi itu tidak jadi juga untuk ikut melabur. Dia memberikan alasan yang cukup baik untuk mengelakkan daripada terus dihasut lagi.

“Ok, tapi nanti kalau dah rasa nak join, boleh contact ana. Bila-bila masa pun boleh. Azree pun sama.” Ujar lelaki tersebut sambil mengemas barangnya.

Rasanya perbualan itu berlangsung hampir 45 minit dengan penerangannya yang bersungguh-sungguh.

Inilah yang pernah saya sendiri lihat, saya dengar dan perhatikan. Dah 3 kali orang ajak saya masuk skim pelaburan macam itu dan setiap kali itulah saya menolaknya. Dan ketiga-tiga yang mengajak saya itu semuanya orang yang kuat pada agamanya. Kopiah tak lekang di kepala. Pelik tapi memang benar dan itulah realitinya masyarakat kita. Hendak kaya tapi tak mahu berusaha, tak mahu mengkaji dahulu.

Biarlah saya beritahu di sini yang skim-skim pelaburan di internet seperti REMNO, Em-Pay, AB Fund dan sebagainya adalah haram. Itu kata mufti! Dan kata saya pula, ia adalah skim yang menipu. Tak percaya? Ok, saya akan tunjukkan bagaimana ia menipu. Saya bukan orang yang menghafal hadis-hadis, jadi hujah saya adalah berasaskan kajian yang bermoral dan realiti.

Skim-skim pelaburan internet yang berkembang pesat hari ini semuanya adalah Ponzi scheme. Apa pula maknanya dengan Ponzi ini? Ok, anda boleh rujuk maknanya di internet tetapi lebih senang saya mudahkan anda faham dengan beri beberapa contoh mudah.

1) Semua skim Ponzi akan menggalakkan 'pelaburnya' merekrut 'pelabur' baru, kerana itulah cara utama mereka mendapatkan wang baru. (Itulah yang saudara sedang lakukan sekarang dengan meminta saya melabur diskim ini.) Tanpa 'pelabur-pelabur' baru, skim tersebut akan berkubur dengan cepat.

2) Pulangan yang dijanjikan adalah 10% (atau lebih) sebulan, yang bermakna 120% setahun! Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun 'hanya' memberi pulangan 20 - 34% setahun! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi? Kalau betul pula, sudah tentu semua media di dunia termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi liputan yang menyeluruh kepada pengurus dana tersebut. Kenapa tak ada? Takkanlah media dunia (yang tahu semua pelaburan lain) begitu buta dan tidak pernah mendengar pulangan yang sebegitu hebat?

3) Adakah masuk akal yang pelaburan yang baru dibuat satu bulan sudah boleh mendapat pulangan 10% bulan berikutnya? Semua pelaburan, termasuk yang paling untung sekalipun, memerlukan masa. Kalaulah 'pengurus' dana itu betul melaburkan wang dalam forex, hedge funds dan sebagainya, pelaburan tersebut pun tidak membayar hasilnya lepas satu atau dua bulan. Jadi kalau 'pengurus' sendiri tidak dapat hasil pulangan, macam mana dia hendak bayar orang lain? Dari mana datangnya wang tersebut?

4) Anda mendapat pulangannya kerana wang itu datang daripada pelaburan orang-orang yang baru masuk dalam skim tersebut. The money is being recycled. Just as your 'investment' is being used to pay others before you. Situasi ini mungkin akan bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi apa yang pasti ialah ianya akan berkubur juga apabila tiada 'pelabur' baru. Apabila ia berlaku, anda akan kehilangan semua wang anda.

5) 'Pengurus' dana hanya menyebut forex, hedge funds, kommoditi dan lain-lain (to impress people who wants to be impressed) tetapi tidak menerangkan dengan terperinci tentang pelaburan-pelaburan tersebut. Siapa pun boleh sebut-sebab cakap saja.

6) Anda sendiri baru sebulan membuat 'pelaburan' (ehm, ehm) dalam skim tersebut. Adakah itu bermakna anda seorang pakar dalam pelaburan dan orang lain yang tidak melabur dangkal?

7) Semua 'pelabur' skim Ponzi akan berkata "Cuba dulu. Sikit saja. Belum cuba, belum tahu." Jawapan saya: Kenapa nak cuba jika kita tidak tahu hujung pangkal benda itu?




Rujukan dan dipetik daripada: Azizi Ali, Penulis buku best seller Jutawan Hartanah.