Baru pagi tadi saya baca akhbar Berita Harian dan terlihat sejulah besar lagi nama-nama orang Melayu yang disenaraikan oleh pihak insolvensi sebagai bankrap. Apa puncanya tidak pula diberitahu. Tapi yang pasti adalah kerana berbelanja melebihi kemampuan.
Selalu kita lihat jurutera, doktor, peguam, eksekutif syarikat ataupun sesiapa sahaja yang berjawatan tinggi atau lebih senang saya takrifkan sebagai bergaji besar kebiasaannya hidup mereka bermewah-mewah. Itu apa yang kita lihat dan mungkin juga mereka rasa mereka sudah cukup kaya(baca=mewah). Kadang-kadang kita yang muda ini tidak terfikir yang kita sudah berbelanja melebihi kemampuan tetapi itulah hakikatnya.
Saya cuba ambil contoh gaji seorang jurutera muda yang baru tamat belajar. Andaikan gaji dia sebanyak RM2000(selalunya lagi rendah daripada ini) untuk sebulan. Kita cuba buat kira-kira expenses untuk jurutera muda ini selama sebulan. Ini sekadar contoh paling minimum.
* Gaji bulanan, RM2,000
* Sewa rumah, RM200 (andai berkongsi rumah dengan rakan).
* Ansuran kereta, RM400 (Ini baru untuk kereta yang murah seperti Proton. Kalau mahal harga keretanya macam Mercedes atau BMW, maka ansuran bulanannya mungkin RM900).
* Duit minyak dan tol, RM350 (anggaran perjalanan pergi dan balik kerja, tidak termasuk perjalanan lain).
* Makan dan minum RM500 (hanya tanggung makan sendiri dan tidak termasuk belanja rakan dan teman wanita atau belanja keluarga, kebiasaannya jarang belanja keluarga kerana belanja diri sendiripun terlepas).
* Sosial dan riadah, RM300 (urusan sosial bersama rakan dan hal peribadi, meraikan hari jadi rakan, tonton wayang, hari kasih sayanglah dan pelbagai aktiviti rehat minda bagi orang-orang muda, kononnya).
* Bayar bil, RM300 (bil api, air, telefon, bil pelbagai. Biasanya bil telefon sahaja sudah RM100++).
* Bayar kredit barangan RM300 (hutang set hi-fi, TV, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai barangan elektrik).
* Barangan peribadi, RM200 (barangan kesihatan dan kecantikan, pakaian, kasut, aksesori diri bagi wanita, aksesori kereta dan pelbagai barangan kesukaan diri sendiri).
* Hal-hal kecemasan, RM100 (sakit, beri pinjam kawan, kereta rosak dan sebagainya).
* Simpanan RM100 (kerana memikirkan hendak kahwin, simpan sedikit, lama-lama jadi bukit).
Cuba kira balik berapa banyak duit yang tinggal.
RM 2000 – RM 2750 = -RM750
Ini baru yang paling minima kawan. Cubalah bayangkan jika peguam tersebut mengamalkan gaya hidup mewah yang langsung tidak sepadan dengan gaji bulanan yang diterima. Berapalah agaknya kekurangan gaji yang perlu mereka hadapi setiap bulan. Itu tidak lagi termasuk jika kita mempersoalkan duit yang perlu diberi kepada ibu bapa yang tidak berhenti-henti berdoa agar anak mereka mampu menghantar wang untuk membantu meringgankan perbelanjaan keluarga.
Fikir-fikirkanlah sendiri kalau dah pakai kad kredit sudah tentu lagi banyak hutang kena bayar. Kadang-kadang kita selalu berangan hendak ada kereta besar bila dah ada jawatan tinggi-tinggi macam peguam dan sebagainya akhirnya kita mengabaikan pengurusan kewangan. Saya lebih suka tengok anak muda yang bergiat dalam usahawan asas tani yang berjimat-cermat walaupun sebenarnya duit poket mereka mencecah sampai berbelas ribu sebulan. Cuba contohi lelaki ke-10 terkaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, yang hidupnya bersederhana. Walaupun kaya(Asetnya mencecah RM3.67b) tetapi dia hanya memakai kereta Proton Perdana sahaja.
Entri seterusnya akan saya tunjukkan betapa kad kredit ini adalah ‘Ah Long’ secara senyap
4 comments:
hurm..
menarik2..
sebenarnya ia berbalik pada dri msg2,kesedaran utk berjimat-cermat..
org y kaya ni lagi byk tanggungjawabnya.lagi bnyk nk kne jwb dpan Allah nnti..
Ops.. ni bukan entri untuk mengutuk orang kaya.. Tetapi untuk mengutuk orang yang ingat kerja dia dah boleh buat dia kaya.. padahal bila beli barang pi guna kad kredit..
saya fikir kad kredit hanya keperluan kecemasan shj. Plg penting perlu bayar bil sebelum tarikh akhir - barulah tak dikenakan interest. bukan main belanja terutama top up hidup pada tengah bulan...
sOo..jgn la igt diri tue kaya..kalo kaya pon..tp x reti nk atur perbelanjaan..miskin gak jdnyer nnti..
Post a Comment