Monday, May 14, 2007

Tip Guna Kad Kredit

Kini saya lihat kad kredit telah dipromosikan secara meluas. Slogannya ialah ’Gaya Hidup Mewah!”. Iklan-iklan di televisyen tidak kurang hebatnya beberapa ketika dahulu – memaparkan sepasang kekasih makan malam di restoran mewah, melancong dan macam-macam lagi. Tapi di sebalik slogan itu sebenarnya terdapat objektif yang disembunyikan – BERHUTANG Sebagai Gaya Hidup Moden, Tak Lama Lagi Muflis!

Promosi besar-besaran dan habis-habisan ini saya lihat sehingga berjaya menukar pandangan pengguna bahawa kad kredit adalah kad debit. Itu adalah salah satu kenyataan yang salah sama sekali. Kad kredit bukanlah kad debit. Dah namanya pun kad kredit, maksudnya kita sentiasa BERHUTANG.

Kadang-kadang orang-orang muda yang baru bekerja ini perasan yang gaji mereka mencukupi expenses bulanan mereka(Mungkinlah kot). Banyak dorongan agar mereka ini perlu kelihatan anggun dan bergaya selaras kerjaya yang disandang. Kerana terlena dan perasan dengan pujian tersebut, maka berlumba-lumbalah wanita dan lelaki ini membeli-belah barangan berjenama yang bukan murah harganya dan yang pasti mereka membeli dengan kad kredit.

Bayangkanlah kasut, baju, seluar dan apa-apa sahajalah aksesori yang dibeli itu buannya murah. Selalunya beribu-ribu juga. Gaji mereka pula bukanlah untuk bayar aksesori itu sahaja, makanan perlu dijaga, duit loan kereta perlu dibayar yang setiap bulan RM700++, loan rumah pun tak settle lagi(Inipun pasti RM700++). Akhirnya tiada satu pun duit dalam simpanan dan hutang kad kredit tidak dibayar.

Kalaulah kad kredit kita panggil ‘BERHUTANG Dengan Ah Long’, pasti amat sedikit yang menggunakan kad kredit. Tahu kenapa saya katakan kad kredit ini lebih kurang je dengan Ah Long itu? Pertama, kita kena fahami interest kad kredit ini dahulu. Interest untuk kad kredit adalah 15-25 % setahun. Lebih tinggi daripada loan kereta, loan perumahan dan mana-mana loan yang lain. Rendah sedikit sahaja daripada Ah Long punya interest. Dengan kata lain, inilah riba yang amat jelas membebankan dan menindas.

Tak salah guna kad kredit kalau pandai disiplinkan diri bayar penuh setiap bulan. Biasa tempoh percuma daripada sebarang interest adalah 30 hari. Tapi kalau dah belanja lebih daripada keperluan itu, bayangkanlah bagaimana susahnya nak jelaskan hutang yang tertangguh. Makin tangguh makin banyaklah yang perlu dibayar. Di sini ada beberapa tips untuk menggunakan kad kredit yang saya peroleh daripada seorang kawan:

1) Bayar Penuh

Bila dah pakai RM1000 untuk bulan itu, silalah bayar RM1000 juga. Jangan bayar minima atau kurang daripada RM1000 sebab anda tidak akan rasa hutang itu meningkat. Tunggu setahun sahaja, kalau bayar minima anda akan terperangkap hutang.

2) Jangan ambil cash advanced

Interest rate dikira pada baki yang anda tidak bayar sahaja. Kalau anda bayar penuh dalam masa yang ditetapkan, anda tidak perlu bayar pun interest. Tapi cash advance dikira pada semua cash yang anda ambil, bermula dari tarikh anda withdraw, sampai tarikh anda bayar. Ini ramai tidak tau. Cash advance adalah pembunuh paling kejam yang sebenar!

3) Bayar yuran tahunan guna point

Bila dah dapat points itu, jangan la pi pakai buat tebus teddy bear. Simpan untuk bayar yuran tahunan kad kredit itu. Jadi, anda pakai facilities kad kredit secara percuma.

4) Pakai satu saja

Ada org suka pakai sampai berbelas-belas kad. Dia ingat dia pandai, tapi sebenarnya dia tak pandai. Maksimum pakai dua saja – satu Visa, satu Mastercard.

5) Jaga kad elok-elok

Kalau dah ada kad kredit, simpan elok-elok. Kalau tiba-tiba kad hilang, terus telefon customer service secepat mungkin. Kalau anda hilang kad pukul dua tapi telefon pukul lima dan dalam masa tiga jam itu telah ada orang gunakan kad anda, maka andalah yang kena bayar.

6) Boleh pakai di internet

Jangan takut, walaupun banyak fraud, sebenarnya credit card company tidak boleh nak detect pun (buat masa ni lah). Jadi, selalunya kalau ada internet fraud pada kad anda, dia akan cancelkan kad. Selalunya anda memang tidak perlu bayar. Yang rugi ialah kedai yang mana kredit kad itu digunakan.

7) Pakai installment bila perlu

Kadang-kadang kita hendak beli benda installment contohnya Peti Ais tetapi katakan Aeon punya interest rate tinggi. Boleh la pakai kad sebab ada kad yang boleh bagi installment tanpa interest atau interest rendah. Tapi pastikan bayar secepat mungkin.


p/s: Sekarang sudah ada Islamic Charge Card, tiada sebarang interest dikenakan. Tapi kena bayar penuh setiap bulan. Tidak boleh ada baki langsung yang tidak dibayar, jadi tiada unsur riba di dalam penggunaan Islamic Charge Card. Cuma yang perlu dibayar adalah kos pengurusan kad.

1 comment:

NuRizZ said...

hurm,keburukan yang jelas bila guna kad kredit ni,bila time shopping xterasa duit keluar,jd seronok je shopping,lainla kalo guna cash money,sekeping duit biru ungu pun dh rasa cm byk je.jd nak xnak kita akan lebih bjimat.