Wednesday, May 16, 2007


Baru sebentar tadi saya menonton filem dokumentari ‘The Secret’. Sebuah dokumentari hebat bagi saya yang berjaya membuka minda tentang apa dia rahsia orang-orang hebat di dunia ini. Filem ini adalah seperti satu hasil kajian atas pemerhatian yang di buat atas
orang-orang yang telah berjaya terdahulunya seperti Plato, Shakespeare, Newton, Hugo, Beethoven, Lincoln, Emerson, Edison, Einstien dan lain-lain lagi.

“The secret is The Law of Attraction.”

Apa sahaja yang datang dalam hidup kita adalah kerana kita yang menariknya ke dalam hidup kita. Agak susah sebenarnya untuk saya menerangkan dalam Bahasa Melayu kerana dokumentari itu adalah dalam Bahasa Inggeris dan saya memahaminya juga dalam Bahasa Inggeris. Tetapi akan saya huraikan apa yang penting daripada dokumentari itu.

Kita ambil ayat tadi, “Apa yang hadir ke dalam hidup kita adalah kerana kita sendiri yang memilihnya/menariknya ke dalam hidup kita.” Ia dijelaskan dengan konsep apa yang kita gambarkan dalam minda kita itulah yang akan berlaku. Semuanya bermula dengan apa yang kita fikirkan. Kalau kita fikirkan positif, maka positiflah yang akan hadir. Itulah yang dimaksudkan dengan daya tarikan melalui apa yang berada di minda. Tugas kita untuk berjaya adalah dengan memasang angan-angan.



Mungkin nampak macam biasa sahaja perkara ini sebab selalu disebut-sebut oleh motivator/penceramah. Tapi yang membuatkan filem dokumentari ini menarik, ia dijelaskan lagi melalui lakonan serta beberapa analogi dan beberapa pendapat daripada tokoh-tokoh hebat. Memang dokumentari ini membuatkan saya makin faham apa yang dimaksudkan dengan ‘visualize’. Konsepnya memang nampak mudah tetapi berapa ramai sahaja yang menyedarinya walaupun mereka pernah melakukannya.

Saya ambil satu kisah seorang tokoh yang turut serta dalam dokumentari ini, Jack Canfield. Mungkin ramai yang pernah membaca buku ’Chicken Soup for The Soul’. Itulah buku pertama yang ditulis oleh Jack Canfield. Kisahnya begini. Jack Canfield ini pada awalnya gaji tahunannya sangatlah rendah iaitu hanya $8,000 setahun. Jadi, pada suatu hari dia telah bertanya kepada diri dia, “Bagaimana aku boleh dapatkan gaji $100,000 setahun?”

Pada ketika itu dia masih belum mempunyai apa-apa idea untuk mendapatkan $100,000. tapi, dia katakan pada diri dia, “Aku mesti buktikan aku boleh dapat duit sebanyak tu. Dan aku akan berlakon seolah-olah saya telah ada $100,000.” Itulah langkah pertama yang diajar dalam The Secret, bayangkan dan rasakan seolah-olah anda telah pun ada apa yang anda inginkan. “You must feel it to attract it”

Selepas empat minggu dia jadi macam orang gila asyik sebut-sebut ‘$100,000’. Huhu. Akhirnya idea itu timbul, “Kalaulah aku boleh jual 400,000 buku aku, aku boleh dapat $100,000.” Kemudian dia pun tulislah buku Chicken Soup for Soul. Tapi masa itu buku tu tak meletup lagi. Dia kemudian berangan lagi, “Kalaulah buku aku ini ditulis resensinya dalam majalah National Enquiri, pasti akan ada 400,000 orang yang tahu tentang buku aku dan barulah ramai yang beli”. Sambil berangan dia membayangkan yang resensi bukunya betul-betul sudah ditulis di dalam majalah tersebut.

Kemudian timbul pula idea untuk memberi ceramah-ceramah ke majlis-majlis. Sehinggakan salah seorang yang hadir dalam ceramah dia adalah seorang penulis artikel untuk sebuah majalah National Enquiri itu. Begitulah yang berlaku dan akhirnya resensi bukunya telah ditulis di dalam majalah National Enquiri itu. Akhirnya memang dia berjaya mendapatkan cek pertamanya yang berjumlah $100,000. Apa yang diperlukan hanyalah angan-angan dan dengan angan-angan itulah ia akan membawa apa-apa yang diperlukan untuk mencapainya.

Antara analogi lain yang diberikan dalam dokumentari ini adalah kisah Aladdin dengan lampu ajaib. Selepas Aladdin menggosok lampu ajaibnya, maka akan keluarlah satu jin yang besar. Dan kemudian jin itu bertanya apa yang dihajatinya sambil berkata, “Your wish is my command.” Itulah yang patut kita lakukan setiap kali mengingini sesuatu. Mintalah pada Tuhan. Setiap apa yang diminta dengan betul-betul pasti akan dikabulkan.

Kata-kata yang suka diulang dengar dalam filem ini:

-things become thoughts-
-your wish is my command-
-what do you really want-
-its like having a universe as a catalogue!-
-the more you use it,the more you understand it-

4 comments:

Anonymous said...

best2..alangkah bagusnya kalo dpt tgk..=)

Azree MH said...

Ramai plak yang bertanya kepada saya di mana nak dapatkan cd The Secret ni. Buat masa ni saya dengar filem dokumentari ni memang tak masuk malaysia lagi.

Jadi kena download di internet sahaja. Kalau nak saya buatkan cd pun tak boleh sebab saiz file nya 800++MB . Jadi, memang tak muat la masuk dalam cd.

Kalau betul-betul nak, datanglah UIA Gomabk bulan Julai ni. Bawa sekali pendrive 1GB. Boleh sedut terus daripada laptop saya.

Takpun, anda bayangkan je yang anda telah tengok filem ini, nanti mesti akan datang idea untuk tengok juga filem ni. Hehe.

Shukree said...

asmkm Azree..

nampaknya Law Of Attraction telah menemukan saya dengan awak. Good post! Saya juga meminati The secret dan telah habis dua kali baca bukunya yang saya beli di kedai Popular. Saya juga ada aplikasikan penulisan Law Of Attraction di dalam blog saya beberapa hari ini.

Can i know your email? Saya mahu menjemput awak untuk menulis bersama di blog saya, sekarang ini saya tengah mencari bloggers lain yang berminat untuk tujuan ini. Di sana, artikel tetap milik awak cuma ia di keluar kan di blog saya, alamatnya :

http://shueqry.blogspot.com

Selama ini saya memasang angan-angan dan sering berimaginasi yang saya bertemu dengan bloggers lain berbicara tentang The Secret.
Nampaknya, awak salah seorang daripadanya.

shueqry

shueqry@gmail.com

Yang bernama Siti said...

Salam,

Saya tidak sangka yang Azree juga berminat dengan Law of Attraction. Bolehlah kita berbincang lebih lanjut tentang LoA ni bila dapat berjumpa.

Saya memang penggemar ilmu motivasi. Saya juga telah mendapat manfaat daripada penggunaan Law of Attraction ini. Inilah yang saya akan gunakan untuk hadir ke kelas Jibunsyi PTS bulan Jun nanti. :-)

The Secret ini asalnya daripada e-book Think and Grow Rich karya Napoleon Hill. Jika masih belum ada dalam simpanan, sila e-mel saya di shajarb@gmail.com.

Ok, saya nak muat turun The Secret sekarang. Terima kasih atas pautan tersebut.