Friday, June 08, 2007

Kerja di 7 Eleven: Soalan dan jawapan UZAR


SOALAN:

Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh allah?

JAWAPAN UZAR:

secara umumnya, kerja anda halal kecuali jika ada org membeli arak, maka tatkala itu anda juga mendapat dosa dan laknatnya jika anda seorang cashier. JIka anda pembantu yang menyusun dan semak stok dll, apa sahaj ayang berkait dgn menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.

Ini bermakna kerja ini boleh bercampur halal dan haram..

Hukum di atas adalah datang dari hadith Nabi SAW

"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)"

1 comment:

Anonymous said...

Teruk tu, sebab walaupun syarikat 7-11 adalah terang-terang dikuasai oleh pemilik bukan Islam, tapi, nampaknya, pekerja-pekerja di kedai-kedainya paling ramai adalah lelaki dan wanita muda Islam...

Harapnya, pekerja-pekerja Islam boleh bersatu untuk boikot 7-11 supaya hentikan penjualan arak atau piih pekerjaan di kedai alternatif seperti milik D-lima (syarikat bumiputera) atau Pusat Zakat.

Hmm... jual rokok pula macam mana, sedangkan hisap rokok clearly haram.