Adakah satu keperluan bagi lelaki?
Sama juga jika saya berikan jawapan ini, “Bukan semua lelaki inginkan poligami.” Tapi pasti saya juga tidak puas hati jika dapat jawapan seperti ini. Senangnya saya katakan soalannya berbentuk subjektif dan mungkin jawapan yang saya berikan tidak menepati keadaan, tempat, orang, waktu dan sebagainya.
Analogi tentang sifat lelaki
Tetapi biarlah saya memberikan anda satu analogi tentang ‘keinginan lelaki’. Perkara ini perlu ramai perempuan ambil kira sebelum mengahwini seseorang lelaki. Jangan bila sudah beranak dua, bila si suami minta kahwin satu lagi anda mula meradang. Hehe. Harap-harap tidaklah.
Saya dapat analogi ini semasa lawatan saya ke Sabah. Bertemu seorang lelaki yang bukanlah pemimpin tertinggi di Sabah tetapi namanya sahaja kalau disebut di depan timbalan menteri Sabah, pasti beliau akan mengenalinya. Kalau ingin buat apa-apa program di Sabah, sebut sahaja namanya pasti program anda akan berjalan lancar. Siap Timbalan Menteri sanggup datang. Namanya Haji Lamsin dan beginilah analoginya.
Lelaki ibarat sungai yang mengalir
Lelaki ini ibarat sungai yang mengalir. Anda sendiri tahu sungai itu ada bermacam-macam jenisnya. Ada bengkang-bengkok, ada yang lurus, ada yang tersumbat, ada yang meliar alirnya, ada yang deras, ada yang perlahan arusnya, dan ada yang macam-macam lagilah jenisnya. Mungkin jenis yang sudah ramai yang faham tetapi ramai terlepas pandang kepada jenis yang sungainya bercabang dua, bercabang tiga ataupun bercabang empat. Kalau bernasib baik, dapatlah yang airnya terus mengalir ke laut.
Jenis yang bercabang ini air sungainya mengairi kebun-kebun. Kalau bercabang dua, maka senang kira dua kebunlah. Begitulah seterusnya. Itulah sifat yang perlu anda kenal betul-betul adakah lelaki anda itu seorang yang bagaimana aliran sungainya. Cari petanda sama ada dia itu ada harapan ingin berkahwin lebih seorang ataupun tidak.
Lelaki yang jenis aliran sungainya bercabang ini mungkin ada alasan atau kehendak tersendiri untuk berkahwin dua, tiga ataupun empat. Sudah jadi sifatnya ingin mengaliri kebun-kebun yang lain. Eheh. Jangan fikir lain pula dengan ayat saya seperti ini.
Ada juga yang alasannya ingin mengikut sunnah Nabi Muhammad. Nabi suka menderma, jadi mereka ini pun ingin menderma dan beramal. Ada juga alasannya tidak tahan dengan isteri pertama. Apa juga alasannya jikalau niatnya baik, caranya betul, tidak perlulah dipertikaikan lagi.
Jangan halang kalau itu perkara yang baik
Ingin tahu apa akibatnya jika anda cuba menghalangnya? Ini juga ibarat cuba membuat tembok untuk menutup haluan air sungainya mengalir ke cabang yang lain. Mungkin pada awalnya ia berjaya tetapi faham-fahamlah namanya pun air sungai. Ia mungkin akan mencari jalan yang lain supaya dapat juga mengalir ke arah yang sepatutnya – arah yang patut dia mengalir tetapi dihalang. Ataupun lama-kelamaan tembok itu juga boleh pecah jika airnya melimpah-limpah.
Orang kata kalau lelaki sudah guna cara lain untuk mendapatkan orang yang dia minat, lebih baik kahwinkan sahaja. Nanti anda juga sebagai isteri yang mendapat malu jika suami anda berpeleseran dengan wanita lain. “Ada suami tapi tak reti nak jaga”. Eh. Hehe. Jangan marah. Tetapi ini memang benar-benar berlaku.
Kesimpulannya, soalan yang subjektif seperti
Sila lawati 'Blog Poligami' untuk keterangan lebih lanjut. Buku 'Tip-tip Poligami' sudah berada di pasaran.
6 comments:
Huhu, dik...kalau 'ter'berpoligami nanti jangan lupa habaq kat akak yea!Biasalah orang perempuan tak pernah faham benda alah ni...orang laki pun tak faham hati perut orang perempuan.Jadi inilah fungsinya blog seperti ini untuk kita fahamkan...hehehe!
Ni dok berblog je, mana karya?Oh ya...pasal naskhah teater Melati dan Melur tu, penulisnya Marlenny Deen Erwan, budak MPR Sabah 92, grad ASK dan UM sama akak, pelakon wanita terbaik pekan teater kebangsaan 2003 dan penulis skrip Dilema Wanita kat RTM.Adalah dalam entri akak tu...tak baca betul2 ni.
Okey good day!
ooo...baiklah faham2..
kesimpulannya kalau lelaki ingin berpoligamai tanya pada suami dan isterinya...ada jawapan disebalik setiap perkataan..=)
bagus penulisan saudara..baru saya tahu camne sifat lelaki ni. ada yang bercabang rupanya.apa pun saya ada persoalan nak ditanya.
1) apa ciri-ciri lelaki yang layak sepenuhnya untuk berpoligami sehingga Allah memberi amaran, "kalau kamu takut tidak dapat berlaku adil cukuplah hanya seorang"
2) saya bersetuju ttg poligami ini, namun bagaimana kita mahu yakinkan pihak wanita yang poligami ini ada baiknya dengan mendatangkan bukti yang nampak(fakta kes mungkin). bukan apa, jika dilihat di fail mahkamah syariah, banyak golongan isteri tua ini terabai kerana suaminya berkahwin lain.sebenrnya Allah telah meletakkan panduan yang terindah dalam berpoligami cuma bila manusia yang tidak faham sepenuhnya mengamalkan, sedikit sebanyak telah mengubah pandangan msrykt terhadap isu ini.
jazakallah.
Alamatnya saya kena jadi pakar poligamilah lepas ini. Gara-gara menulis satu entri tentang poligami.
Huhu. InsyaAllah saya akan cuba jawab di entri akan datang.
Tapi lebih elok jika saudara/i semua pergi ke blog www.fulijami.blogspot.com
saudara azree,
mungkin saudara terlupa untuk melihat dan mendalami bagaimana pula sifat perempuan. secara mudahnya, fitrah manusia ini sukar bila kene berkongsi kasih. senang cerita,andailah suatu hari orang yang anda sayangi menduakan cintanya,adakah anda secara senang hati merelakannya?pasti mengambil masa juga kan untuk menerimanya?
ingatlah, pembaca anda juga adalah darpda golongan wanita. maka carilah keseimbangan dalam entri saudara supaya satu kesimpulan yang tepat dapat dibuat.
-AsRAAr-
Tidak menulis tidak bermaksud saya terlupa mengenainya. Cuma ingin saya ingatkan lelaki memang dibenarkan untuk berkahwin lebih daripada satu tetapi perempuan tidak pula dibenarkan.
Pasti ada hikmah Allah memberikan permission tersebut hanya kepada lelaki.
Post a Comment