Friday, May 18, 2007

Bicarajutawan dipantau?

Saya sedikit tergelak besar bila membaca utusan hari ini. Tajuknya adalah tentang 37 laman web skim cepat kaya. Tapi yang dihighlightkan ada dua laman web yang saya juga selalu melayarinya; www.bicarajutawan.com dan www.wangcyber.com. Dua laman web ini bukanlah web skim cepat kaya tetapi adalah website untuk berforum. Membincangkan isu-isu berkaitan usahawan, contohnya usahawan asas tani, retailing, francais, hartanah dan macam-macam lagi.Saya sendiri pernah ikut program yang dianjurkan oleh www.bicarajutawan.com ke rumah salah seorang ahlinya yang sedang bergiat dalam industri asas tani. Dan ramai lagi ahli forum tersebut yang telah ada perniagaan sendiri. Kiranya forum tersebut bukannya mengajar melabur di skim cepat kaya tetapi belajar bagaimana hendak manage kewangan sendiri.

Inilah apa yang dikatakan hanya mendengar pendapat orang lain. Tidak salah kalau hanya hendak pantau tetapi sekarang berita yang dikeluarkan akhbar itu telah sedikit memburukkan nama website tersebut. Kenapa tidak ditulis website seperti Remno, Em-pay, e-gold dan lain-lain lagi yang pasti HARAM!

Inilah coretan akhbar tersebut. Antara bengang dan bangang(Jarang saya nak gunakan perkataan kasar. Tapi untuk mereka ini memang perlu agaknya).

37 laman web skim cepat kaya dipantau

KUALA LUMPUR 17 Mei – Pusat Keselamatan Siber Malaysia mengenal pasti 37 laman web yang dipercayai menawarkan aktiviti pelaburan skim cepat kaya melalui Internet berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai dalam tempoh dua tahun lalu.

Antara laman web yang menawarkan pelaburan mencurigakan ialah www.carigold.com, www.cakapgold.com, www.jutawan.org, www.jomklik.com, www. gurumalaysia.com, www. wangcyber.com, e-bazaar2u. com dan www.bicarajutawan. com.

Pemangku Pegawai Ketua Eksekutif pusat itu, Leftenan Kolonel (B) Husin Jazri berkata, orang ramai mudah tertarik dengan laman-laman web itu kerana ia kononnya menjanjikan pulangan lumayan dalam jangka masa singkat.

“Laman web skim pelaburan itu mendapat sambutan ekoran sikap para pelabur sendiri yang mudah terpedaya dengan tawaran dan janji manis yang tanpa disedari sebenarnya satu penipuan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya bagaimana badan itu mengesan status sesebuah laman web itu sama ada ia mencurigakan atau tidak, Husin menjelaskan, pihaknya sentiasa membuat penyelidikan dan siasatan secara menyeluruh terhadap setiap aduan yang diterima.

Ujar beliau, skim cepat kaya menerusi Internet biasanya didalangi orang tempatan namun kebanyakan laman web yang menawarkan pelaburan itu menggunakan hos di luar negara.

“Orang yang ingin menipu sentiasa ada di mana-mana saja tidak kira ia dilakukan oleh rakyat tempatan atau orang asing,” ujarnya.

Menurutnya, Pusat Keselamatan Siber Malaysia bekerjasama dengan kerajaan dalam menguatkuasakan undang undang yang lebih berkesan.

Husin menambah, dalang skim cepat kaya Internet yang berjaya dikesan akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak terlalu tamak dan mudah terpedaya dengan skim-skim pelaburan di Internet.

“Jangan sekali-kali melabur dalam skim cepat kaya Internet. Orang ramai perlu bekerjasama dengan Pusat Keselamatan Siber Malaysia untuk membanteras kegiatan haram ini.

“Kalau betul-betul minat ingin melabur, orang ramai boleh mendapatkan pengesahan daripada pihak kami sama ada laman web berkenaan sah atau tidak sebelum membuat keputusan,” katanya.

Orang ramai boleh membuat laporan berhubung laman-laman web yang mencurigakan dengan menghubungi Bahagian MyCERT di Pusat Keselamatan Siber Malaysia melalui talian 03-8992 6969 atau mengirim e-mel kepada cyber999@cybersecurity.org.my.

6 comments:

Anonymous said...

saya harap ia berlaku sebab salah faham bukan sikap dengki atau marah kepada BJ kerana tutup & padam thread2 yang menawarkan skim cepat kaya.

ada je website perbincangan pasal pelaburan spt BJ yang chinese buat tapi tak masuk list pun

Anonymous said...

BicaraJutawan telah memberi amaran tentang kehadiran skim cepat kaya baik secara offline atau pun online, jauh lebih awal dari fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sila rujuk:

1. Kategori Pendidikan Asas Kewangan

2. Kategori Portfolio Investment

Malah kami telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang seharusnya dibaca oleh semua pengunjung BicaraJutawan, tentang pendirian kami terhadap skim cepat kaya.

Hai… bila masa pulak BicaraJutawan dan WangCyber offer pelaburan skim cepat kaya kepada pengunjung mereka?

Takpelah, biar diorang siasat dulu.

Kepada pihak yang berkenaan, saya boleh dihubungi melalui admin[at]bicarajutawan.com / 013-3403593

Sekian, Terima Kasih.

p.s. oh ya, untuk mereka yang jarang surf forum BJ, ia adalah forum yang bincang pelbagai isu berkaitan pelaburan dan perniagaan. Dari topik nak menjaja di pasar malam macam mana, buat roti macam mana, tanam cendawan macam mana, bela ikan keli macam mana, nak melabur di Bursa Malaysia macam mana, nak mendaftar syarikat macam mana, nak bela kambing macam mana, pelajar IPT nak berniaga part-time macam mana dan sebagaonya. MANAKALA topik yang mempromosikan program jana wang dan skim cepat kaya tidak dibenarkan dari dulu sampailah sekarang.

Azree MH said...

Pakdi ni salah seorang pengasa Bicarajutawan. Memang tak patut betul la MyCERT tu main tuduh melulu...

At least BJ ngan WC dapat la promosi free daripada surat khabar..Haha..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

siapa ada kawan / keluarga dia wartawan / editor di Utusan Malaysia?

nak jemput diorang datang ke bengkel Cashflow 101 ni utk tengok sendiri aktiviti BJ yang sedang dibuat dan akan dibuat. Tak pun join rombongan cendawan tu. BicaraJutawan.com akan taja wartawan / editor tu, duit minyak tol dsb. relakan diri nak join je.

tak pun beli roti cepat kaya bai. BicaraJutawan.com belanja di kedai members BJ.

tolong beritahu ye. no telefon mereka.

Anonymous said...

pasal isu laporan utusan Malaysia ni, as expected jawapan dari Utusan Malaysia macam mana.

tapi saya sendiri belum dapat jawapan dari Pusat Keselamatan Siber Malaysia.

so, we'll look and see by today. Peguam saya dah gariskan beberapa langkah lain utk tindakan susulan.