Baru tadi saya menonton berita tentang kenaikan gaji. Nampak semua orang seronok dengan berita itu. Tetapi apa yang pasti musuh utama kewangan juga turut naik juga nanti iaitu inflasi.
Sejak dari kecil saya dengar perkataan inflasi. Nampak macam satu kalimah yang positif. Mungkin dulu masa saya kecil saya memang tidak faham apa maksud inflasi. Tetapi sebenarnya impaknya terhadap kewangan terlalu besar. Saya akan cuba berikan satu cara mudah untuk faham apa itu inflasi.
Mengikut kamus DBP, maksud inflasi ialah 'keadaan harga barang bertambah tinggi disebabkan bertambahnya kuasa membeli'. Fahamkah? Mungkin faham tetapi masih belum nampak. Begini contohnya, 10 tahun yang dulu harga sebungkus nasi lemak hanya RM0.50(1997) sahaja tetapi sekarangsudah naik, paling murah pun RM2.00(2007) sebungkus. Itulah maksud sebenar inflasi. Betapa kita tidak sedar disebabkan harganya naik perlahan-lahan. Itulah sebabnya dulu sibuk kerajaan membuat kempen 'Inflasi Sifar'. Tapi sekarang sudah senyap begitu sahaja. Masalahnya kenapa inflasi naik memang sukar dijawab. Pakar ekonomi pun tidak mampu menghuraikan bagaimana kadar inflasi boleh meningkat.
Kalau dulu kerajaan kata kadar inflasi negara kita hanya 4% setahun. Tapi sebenarnya kadar inflasi negara kita adalah 8% setahun! Cuba tengok kadar naik harga nasi lemak sudah memadai. Kenaikan harga hampir 10% setahun. Kita tak sedar. Sebab kita hanya membeli.
Apa pula kaitannya dengan isu kenaikan gaji? Isunya senang sahaja. Saya tengok masalah sebenar tidak cukup duit ini sebenarnya bukanlah masalah gaji rendah tetapi dari segi perancangan kewangan tiada. Semakin naik gaji, semakin tinggilah keinginan untuk membeli barang(maklumlah dulu gaji sikit, tak dapat merasa beli itu, beli ini). Semakin tinggi permintaan untuk sesuatu barang maka semakin peniaga mahu naikkan barang. Kenapa? Sebab permintaan meningkat tapi jumlah barangnya macam dulu juga(baca=terhad). Jadi, harga terpaksa dinaikkan. Apabila harga dinaikkan, kadar inflasi memang tidak akan menurun sebaliknya meningkat. Yang kaya adalah peniaga, yang tertipu adalah pembeli.
Jadi, apa faedahnya kenaikan gaji. Sama macam dapat RM200 tapi ditambah -RM300. 200+(-300)=-100. Apa faedahnya gaji naik? Hurm. Mungkin sebab inilah kempen inflasi sifar senyap.
3 comments:
ha..btol tue..terpk gak masa kecoh2 naek gaji..memula naekkan harga brg..biler org dah bising2..naekkan gaji lak..br la orang diam..tapi ramai yg tak sedar hakikatnya..
Dan saya telah buat lawak dengan menentukan kadar inflasi dengan membandingkan harga nasi lemak. Haha.
Tapi kalau tengok harga minyak pun, dah naik berapa peratus berbanding 10 tahun lepas.
Gaji naik ok untuk orang yang ada hutang keliling pinggang
Post a Comment