Seramai 12 orang ahli komuniti yang hadir pada perjumpaan kali ini dan saya yang paling muda antara mereka semua(Hehe. Jangan marah). Kami berkumpul di Warung Sonto yang dimiliki oleh abang ipar Encik Azmi pada pukul 11 pagi. Warung Sonto ini memang terkenal di sekitar daerah Johor Bahru dengan menu cendawannya. Walaupun hanya sekadar warung kecil sahaja tetapi sudah terkenal hingga ke Singapura.
Tempat perusahaan cendawan ini dimiliki oleh Encik R. Azmi yang baru berumur dalam 42 tahun. Tetapi sudah memiliki asset yang begitu besar iaitu perusahaannya ini yang memberikan pulangan lumayan.
Sepanjang perbualan kami bersama beliau, banyak perkara yang ingin beliau kongsi bersama kami yang kebanyakkannya adalah bakal pengusaha cendawan. Termasuklah apabila beliau menceritakan pengalaman beliau dalam bidang perusahaan cendawan ini selama 21 tahun. Cabaran demi cabaran telah beliau lalui barulah beliau berjaya seperti sekarang. Saya akan menulis kisah beliau dalam blog ww.studiomuslim.wordpress.com
Bayangkan warung kepunyaan abangnya itu boleh memberikan pulangan sebanyak RM3000 sehari dan keuntungan bersihnya adalah RM600 sehari! Itu baru satu warung kecil. Dan Encik Azmi ini merupakan seorang yang berfikiran jauh. Dia tidak memikirkan kekayaan dalam tempoh yang singkat. Jadi, selain perusahaan cendawan dia juga menternak lembu yang jumlahnya telah mencapai lebih 100 ekor. Bayangkan bagaimana beliau boleh menguruskan perniagaannya dengan begitu baik sekali.
P/s: Kalau ingin tahu kisah hidup beliau bolehlah membacanya di blog www.studiomuslim.wordpress.com
9 comments:
selalu gak makan kat warung sonto tu...tapi tak tau ada rumah cendawan kat area2 situ... :D
menu kegemaran nih.cendawan!
kalau cam2 hari2 boleh masak sup cendawan.hehe
kumbang,
Rumah cendawan tu maksudnya 'tempat perusahaan cendawan' dia. Maleh nak taip panjang. Hehe. Dekat-dekat situ je rumah cendawannya.
Lailatulmawardah,
Sedap hari tu makan cendawan goreng. Hehe. Dia kata kalau yang sedap untuk buat sup tu lebih baik gunakan cendawan jerami padi(Betul ke tak eja ni?)
Salam,
Apa lagi, tulislah cerpen yang ada cerita tentang cendawan. Itu satu kelebihan!
Saya nak jemut para pengunjung ke http://www.rahsiacendawan.com
Buku mengenai teknik dan rahsia penanaman cendawan yang dihimpun dari 11 orang pengusaha cendawan
perlu menyemak:)
assalamualaikum...
boleh x saya nk dapatkan no pengusaha tanaman cendawan ni
terima kasih atas resipe nya
looks great :D
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة تنظيف مجالس بالدمام
Post a Comment